Rabu, 19 Februari 2014

Fakta Kesihatan Minyak Kelapa

Ramai berpendapat minyak kelapa tidak sihat kerana ia menyumbang kepada penyakit jantung padahal itu tidak benar. Minyak kelapa sebenarnya makanan yang sihat untuk hati kerana khasiatnya meransang kesihatan badan dalam pelbagai cara.

Khasiat minyak kelapa
  • Kajian telah membuktikan pengambilan minyak kelapa membantu tubuh menghasilkan rintangan untuk kedua-dua virus dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Bukan itu saja, malah ia juga boleh membantu untuk melawan yis, kulat dan candida.
  • Bantu meningkatkan pengggunaan insulin dalam badan dan ini bantu mengawal kadar gula dalam darah.
  • Minyak kelapa meransang fungsi tiroid untuk meningkatkat metabolisma, tenaga dan daya tahan badan.
  • Minyak Kelapa membantu sistem penghadaman dan membantu menyerap vitamin larut lemak. 
Bagaimana minyak kelapa mengurangkan kolesterol?

Minyak kelapa mempunyai lemak tepu yang dipanggil asid laurik, sejenis MCT.
Asid laurik meningkatkan kolesterol HDL baik dalam darah yang mana ia membantu perbaiki tahap nisbah kolesterol. Minyak kelapa merendahkan kolesterol dengan menukarnya kepada Pregnenolone, molekul yang merupakan bentuk awal pelbagai hormon yang diperlukan oleh badan.

Minyak kelapa membantu hormon tiroid untuk berfungsi dengan normal. Apabila tiroid gagal berfungsi dengan normal, ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar kolesterol yang tidak baik.


Bagaimana minyak kelapa membantu menjaga berat badan yang seimbang?

Minyak kelapa mempunyai lemak khas yang dipanggil MCT. Telah dibuktikan pemecahan lemak yang sihat dalam hati membawa kepada pembakaran tenaga dengan cekap.
 
Satu kajian tahun 2009, menunjukkan wanita yang mengamalkan 2 sudu besar minyak kelapa setiap hari selama 12 minggu bukan sahaja TIDAK mengalami pertambahan berat badan, malah mengurangkan jumlah lemak di bahagian abdomen (jenis lemak yang sukar untuk hilang dan banyak menyumbang kepada masalah berkaitan jantung).

Bolehkah minyak kelapa bantu melambatkan penuaan?

Minyak kelapa menghasilkan tindakan anti-oksidan positif dalam badan. Ini bermakna ia membantu badan untuk menghalang kerosakan ke atas lemak sihat dan tisu-tisu badan. Pengoksidaan adalah penyumbang utama kepada masalah kardiovaskular dan penuaan kulit.
Minyak kelapa sebenarnya boleh membantu badan untuk mengurangkan keperluan untuk anti-oksidan.


Minyak kelapa baik untuk kulit dan rambut

Minyak kelapa adalah pelembap yang cukup bagus untuk kulit dan rambut.
Ia mempunyai jumlah vitamin E anti-oksidan yang baik, bertindak sebagai pelindung.


Secara amnya, fakta yang mengatakan minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan adalah TIDAK BENAR.
Yang pasti, minyak kelapa membantu menguatkan keimunan badan, menambah tenaga badan, mengurangkan tahap kolesterol dan pelembap serta pelindung yang baik kepada kulit dan rambut.

sumber:Article By Pina LoGiudice ND, LAc, Siobhan Bleakney, ND, and Peter Bongiorno ND, LAc Co-Medical Directors of Inner Source Health in New York  

Kalau anda ingin memanfaatkan khasiat minyak kelapa, klik sini untuk info lanjut Minyak kelapa Dara Asli.

Isnin, 10 Februari 2014

Risiko Minuman Berais Selepas Makan

Kenapa anda harus elak daripada minum minuman berais selepas makan?


Risiko minum minuman sejuk lepas makan

Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda.
Air sejuk dihasilkan dengan campuran ais batu akan membekukan bahan berminyak yang baru saja diambil semasa makan. Pembekuan ini secara tidak langsung akan melemahkan penghadaman. Apabila minyak ini bertindak balas dengan asid, ia menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding makanan pejal yang lain. Minyak yang diserap ini memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. 

Secara teorinya, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan. Maka, adalah lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

Kelebihan Ais
  • Air sejuk dapat menolong pesakit insomnia iaitu sukar tidur supaya dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara sejuk akan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka masa panjang.
  • Udara panas memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini berbanding persekitaran udara sejuk.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan baik untuk kesihatan kerana ia berkesan 'meneutralkan' kesan keracunan dan asid berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan bersifat sejuk.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
***sumber: Harian Metro 27 Januari 2014

Prida Alofica Collagen: Kolagen Awet Muda

Kulit sihat dan cantik dengan Prida Alofica Collagen

Prida Alofica Collagen adalah makanan tambahan kesihatan yang kaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin yang penting untuk meransang pembaharuan sel-sel badan terutamanya yang menguatkan struktur kulit dan menguatkan kesihatan. Manfaat keseluruhannya adalah membantu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman dan luaran tak kira lelaki atau wanita.

Klik sini untuk info lanjut ----> PRIDA ALOFICA COLLAGEN Memang berkesan!

Ramuan:
  • Hydrolyzed Marine Collagen (kolagen laut dari New Zealand)
  • Ekstrak  Aloe Vera
  • Ekstrak Pueraria Mirifica
  • Ekstrak Mengkudu
  • Ekstrak Halia
  • Ekstrak Ceri Acerola (kaya dengan vitamin C)
  • Ekstrak Temulawak (anti-penuaan yang kuat 300 kali lebih tinggi daripada vitamin E)
  • Ekstrak Tomato
  • Serbuk Oren Switzerland
  • L. Glutathione
  • Astaxantin
Dengan ramuan-ramuan yang hebat Prida Alofica Collagen diadun bersama herba-herba mewah dari Indonesia, India dan herba-herba tropika lain.
Manfaat Mengambil Prida Alofica Collagen:
  1.  Melambatkan proses penuaan 
  2. Istimewa untuk memperbaiki dan mencantikan kulit, rambut, kuku dan mata yang bersinar
  3. Memutihkan serta mencerahkan kulit dari dalam
  4. Meningkatkan daya metabolisme
  5. Penghasilan semula struktur sel badan
  6. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan diabetis
  7. Mengurangkan penyakit mata seperti katarak, kornea,rabun jauh
  8. Mengurangkan serangan dan kesakitan akibat migrain
  9. Melancarkan sistem aliran darah
  10. Menambahkan kesegaran, tenaga dan meningkatkan kadar stamina

Khasiat Prida Alofica Collagen Untuk Wanita:
  • Menaikkan seri pada wajah
  • Penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus
  • Mengetatkan rahim
  • Mengatasi masalah faraj longgar dan berair
  • Mengatasi masalah keputihan dan senggugut
  • Membantu menegangkan dan mencantikkan payudara dan mengangkat punggung
Inilah kolagen awet muda antara yang laris di pasaran. Memang berkesan! 

Dapatkan Prida Alofica Collagen disini...