Selasa, 7 April 2015

Khasiat Minyak Argan Untuk Kecantikan Kulit Dan Rambut

Video: Cara Memanfaatkan Minyak Argan Asli

 

Minyak argan, dengan nama jolokan "emas cecair", amat kaya dengan nutrien yang bermanfaat untuk kulit dan rambut.
Bagi anda yang belum tahu kelebihan minyak ini, berikut adalah beberapa cara bagaimana khasiat minyak argan boleh dimanfaatkan.

Khasiat minyak argan untuk kulit

1. Pelembap kulit: Kandungan vitamin E dan asid lemak yang tinggi dalam minyak argan menjadikan minyak ini sesuai sebagai peransang semulajadi kulit. Sifatnya yang tidak berminyak, mudah meresap dan tidak merengsa, menjadikan ia pelembap semulajadi yang terbaik.

2. Merawat jerawat: Kebanyakkan produk pelembap yang berada dipasaran kurang membantu malah boleh memburukkan lagi keadaan kulit terutamanya masalah jerawat yang lazimnya berpunca daripada keadaan kulit berminyak.
Minyak argan sangat berkesan ke atas kulit berjerawat, ia membantu mengimbangi kulit dengan memberi kelembapan semulajadi. Minyak argan juga mengandungi anti-oksidan yang membantu untuk memulihkan sel-sel kulit yang rosak dan mengurangkan keradangan.
Secara umumnya, minyak argan terbukti terbaik untuk merawat kulit bermasalah seperti, kegatalan, kulit retak, kulit kering, parut, bahkan kulit terbakar.

3. Meremajakan kulit: Minyak argan bukan sahaja pelembap semulajadi terbaik, malah berupaya memberi sinar keremajaan kulit dan mengurangkan kedutan pada kulit. Dengan mengamalkan pemakaian minyak argan, kulit kembali anjal, gebu, lebih lembut dan lebih cerah sekata. Tidak hairanlah ramai penggguna produk kecantikan memilih minyak argan sebagai produk anti-aging terbaik.


Khasiat minyak argan untuk rambut

1. Merawat rambut: Minyak argan telah terbukti sebagai serum rambut hebat, ia membuat rambut lebih lembut, berkilat dan lebih licin. Ia juga sesuai sebagai perapi rambut, merawat hujung rambut bercabang dan meluruskan rambut keriting.

2. Mengatasi rambut gugur: Minyak argan bantu mengatasi rambut gugur dengan menyihatkan rambut dan meransang pertumbuhan rambut baru, ini akan menjadikan rambut lebih lebat. Khasiat minyak argan menguatkan rambut dari akar hingga ke hujungnya untuk mengelakkan masalah keguguran rambut.

3. Merawat kelemumur: Masalah kelemumur berlaku kerana kaedaan kulit kepala yang tidak sihat. Minyak argan amat sesuai untuk mengembalikan kesihatan kulit kepala ketahap terbaik supaya tidak terjadinya kelemumur. Keadaan kulit kepala yang terlalu berminyak, kotor, gatal-gatal atau terlalu kering menimbulkan kelemumur. Semua masalah ini mampu diatasi dengan menyapu minyak argan di kulit kepala secara mengurut untuk 15 minit dan di biarkan semalaman. Cuci sebelah pagi dan rasa kepala lebih segar.
Lakukan setiap malam dan dalam masa seminggu anda akan rasa perubahan yang ketara.

Khasiat minyak argan untuk kecantikan kulit dan rambut tidak terbatas untuk manfaat-manfaat di atas sahaja. Banyak lagi cara bagaimana minyak argan boleh di manfaatkan untuk tujuan kecantikan.
Minyak argan boleh digunakan tanpa was-was, tapi yang penting, pastikan anda dapatkan Minyak Argan Asli untuk mendapatkan hasil yang benar-benar berkesan.

Ketahui info lanjut khasiat minyak argan asli <<<--- di sini.