Ahad, 13 Ogos 2017

Mengatasi Masalah Kulit Kering Dengan Berkesan

Bagi mereka yang ada masalah kulit terlalu kering, penggunaan pelembap atau losyen adalah satu kemestian. Ramai orang di luar sana tidak tahu selain penggunaan losyen pelembap, ada beberapa minyak semulajadi yang terbukti berkesan untuk mengatasi keadaan kulit terlalu kering.

 

Nak tahu cara berkesan mengatasi masalah kulit kering?


Minyak biji anggur dipercayai dapat memberi kelembutan dan kelembapan seluruh kulit. Namun, ada juga natural beauty oil @ minyak semulajadi untuk kecantikan, yang lain yang juga terbukti terbaik untuk mereka yang mengalami keadaan kulit kering.
Mari kita lihat jenis minyak yang berupaya melegakan anda yang berkulit kering.

3 minyak semulajadi untuk mengatasi kulit kering


1. Minyak argan - terbukti terbaik untuk kulit

Minyak argan mempunyai kandungan vitamin E (vitamin utama kulit) yang tinggi, bersifat antioksida dan fatty acid anti radang yang tinggi, tidak merosakkan kulit dari luar dan dalam.
Minyak argan juga ada kelebihan untuk melindungi kulit dari sinaran UV matahari yang kita ketahui punca kepada pelbagai masalah kerosakan kulit.
Sejarah khasiat minyak argan memang diketahui dan telah dimanfaatkan oleh orang terdahulu sejak ratusan tahun dahulu di negara Morocco. Keadaan kulit wanita Morocco halus dan cantik walaupun keadaan iklim di sana panas dan kering sepanjang tahun. Hanya dengan mengguna minyak argan, keadaan kulit yang kering berubah menjadi halus, cantik dan mampu bertahan dari unsur-unsur yang merosakkan kulit.


2. Minyak peppermint

Bau peppermint pun mampu membuat anda berasa bertenaga dan segar, bukan?
Begitu jugalah untuk kulit anda. Minyak peppermint menggalakkan aliran darah dan bersifat astringent semulajadi yang mampu membersihkan liang pori-pori tersumbat dan mengimbangi penghasilan minyak semulajadi oleh kulit.


3. Carrot seed oil

Carrot seed oil, kalau bahasa melayu mungkin minyak biji lobak merah, ia mengandungi antioksida yang tinggi, juga mengandungi vitamin A dan kaya dengan petrokimia beta-karoten yang dapat mengurangi peradangan kulit kering dan iritasi pada kulit. Minyak ini juga digunakan dalam banyak produk kosmetik (terutamanya produk anti-aging). Ia juga terkenal untuk membantu proses pemulihan semula jadi kulit dan membantu pembentukan tisu berparut. Ekstrak minyak ini juga boleh didapati dalam beberapa losyen pelindung pancaran matahari. Ia boleh melegakan keadaan kulit seperti ekzema dan psoriasis.

Bacaan berkaitan : Minyak argan terbaik untuk kulit...