Ahad, 26 Oktober 2014

Tiga Cara Mudah Untuk Kenalpasti Minyak Argan Asli

Minyak argan adalah salah satu minyak yang paling mahal di dunia kerana ia tergolong dalam kategori yang sukar diperolehi. Minyak argan asli atau 100% tulen amat sukar diperolehi kerana penghasilannya memerlukan tenaga buruh mahir dan memakan masa yang lama.
Disebabkan populariti dan permintaan tinggi tetapi dipengaruhi oleh faktor harga yang mahal maka tidak semua minyak argan yang ditawarkan dipasaran adalah asli dan tulen.

Jika anda kurang peka, anda mungkin terbeli minyak argan yang disangka asli tetapi hakikatnya telah dicampur dengan minyak lain. Untuk tujuan kecantikan, hanya minyak argan asli yang mampu memberi hasil yang cepat dan luarbiasa.

Kegunaan minyak argan dalam bidang kecantikan memang terkenal di kalangan wanita Maghribi sejak dulu lagi, namun ia mula menjadi popular apabila kehebatan luarbiasa minyak ini diketahui dan diterokai oleh para pakar bidang kecantikan di Hollywood.
Kegunaan minyak argan dalam produk kecantikan sebagai anti-penuaan, perawatan dan penjagaan kulit, rambut dan kuku mendapat sambutan luarbiasa dikalangan wanita barat.
"Liquid Gold", adalah gelaran kepada minyak argan yang diberi oleh pakar-pakar kecantikan dunia.

Jadi, amat berbaloi untuk pastikan produk yang dibeli adalah minyak argan asli.
Bagaimana nak pastikan ianya memang asli?

Tiga Cara Mudah Kenalpasti Minyak Argan Yang Asli
  1. Warna kuning emas - Minyak argan asli berwarna kuning keemasan.
  2. Bau dan tekstur - Minyak argan asli tidak berbau kuat tetapi berbau ringan seperti kekacang. Bila disapu pada kulit, ia terasa lembut, tidak melekit dan cepat meresap.
  3. Harga - Penghasilan minyak argan memakan masa dan kos tinggi, maka tiada istilah minyak argan asli yang murah. Jika anda ditawarkan minyak argan asli dengan harga murah, anda wajar berasa curiga. Pastikan kandungan produk disahkan 100% minyak argan asli oleh pihak berwajib, seperti Kementerian Kesihatan.
Memilih minyak argan asli dengan harga yang sepatutnya memang berbaloi dengan keberkesanan yang diperolehi.

Info lanjut minyak argan asli, klik disini--> 100% Minyak argan asli