Jumaat, 16 Jun 2017

Beauty Oil Yang Terbaik Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

Sebut saja pasal beauty oil atau minyak untuk kecantikan kulit, mereka yang kulit jenis berminyak serta mudah berjerawat memang rasa gerun nak sapu benda ni kat kulit muka. Ya lahkan, dahlah kulit berminyak, nak tambah lagi sapu minyak, makin ganaslah sang jerawat membiak. Siapa yang tak takut?
Kalau boleh, memang nak elak saja sapu minyak kat muka tu, sampai kacang goreng dan coklat pun kena fikir banyak kali nak makan, takut muka makin menggrutu lagi.

Minyak menaikkan jerawat, itu adalah pandangan umum saja. Kadang-kadang ada benda kita fikirkan sebenarnya tidak tepat faktanya.
Berbalik kepada kes beauty oil, ada beberapa jenis minyak semulajadi yang mesra malah bermanfaat dengan kulit jenis berminyak.
Antara beauty oil yang bagus untuk kecantikan kulit berminyak adalah seperti, minyak grape seed, minyak tea tree, minyak argan, minyak peppermint, minyak lavender, minyak chamomile dan minyak jojoba.
  • Minyak grape seed bermanfaat untuk mengawal penghasilan sebum oleh kulit, mudah diserap dan tidak menyumbat pori-pori kulit.
  • Minyak tea tree mengandungi antiseptik, anti bakteria dan anti kulat, ia amat sesuai untuk mengobat jerawat dan alternatif terbaik kepada mereka yang sensitif atau alah kepada benzoyl peroxide.
  • Minyak argan manfaatnya memang mind=blown. Kaya dengan khasiat terbaik untuk kesihatan kulit, bersifat anti-oksidan, tinggi vitamin E dan essential fatty acids. Minyak argan pelembap semulajadi kulit, tidak berminyak dan tak akan menyebabkan liang pori tersumbat.
  • Minyak peppermint juga serasi untuk kulit berminyak, ia membantu menyingkir rembesan minyak oleh kulit dan mengelak masalah jerawat.
  • Minyak lavender, memerangi jerawat dengan menghalang pembiakan bakteria, dan bantu menstabilkan penghasilan minyak oleh kulit. Minyak lavender bersifat melegakan, bantu mengurangkan masalah keradangan pada kulit.Amaran, wanita mengandung, menyusu anak dan mereka yang ada diabetes tidak digalakkan menggunakan minyak lavender.
  • Minyak chamomile kandungannya ada anti-keradangan yang membantu merawat masalah jerawat, mengurangkan masalah bengkak pada kulit dan bersifat penyembuh.
  • Minyak jojoba membantu meneutralkan pH kulit, kajian menunjukan minyak jojoba efektif untuk menghalang pembentukan jerawat kerana berupaya menghalangkan kulit dari menghasilkan minyak berlebihan.
Sebenarnya ada banyak lagi minyak yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit, tapi, disini ini saja perkongsian saya tentang beauty oil yang terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Ahad, 11 Jun 2017

Apple Cider Vinegar Boleh Kurangkan Berat Badan

Apa manfaat apple cider vinegar untuk kurangkan berat badan
Banyak sebab kenapa anda perlu suka tentang apple cider vinegar. 

ACV membantu anda yang ingin menguruskan badan. 
Ya! Terdapat beberapa kajian yang menyokong dakwaan bahawa ACV membantu mengurangkan berat badan, melegakan masalah kekembungan perut dan malah membantu meningkatkan tahap tenaga badan. 

Apa-apa pun jangan terlalu seronok sampai meneguk terus sebotol ACV yang ada kat dapur tu. 
Anda kena tahu cara yang betul untuk kurangkan berat badan dengan apple cider vinegar. 

ACV boleh diminum secara terus, malah ini adalah kaedah popular bagi ramai orang, tapi ini tidak digalakkan. Kenapa tidak digalakkan? 
Ini adalah kerana ACV bersifat asid tinggi, di mana kalau diminum secara terus, dari masa ke semasa keadaan asid tinggi ini berpotensi menyebabkan kerosakan kepada esofagus dan enamel gigi. 

Maka, untuk mengatasi kesan keasidan tinggi itu, disaran anda mencampur ACV ke dalam air minuman. Lazimnya, 1-2 sudu teh ACV dicampur ke dalam segelas air minuman, ini bergantung kepada pilihan masing-masing, nak letak 3 sudu teh pun boleh. 

Sekarang dah tahu formula di atas, anda perlu tahu bilakah masa yang paling sesuai meneguk minuman ACV jika anda mahu misi kurangkan berat badan dengan apple cider vinegar berjaya. 

Menurut kajian pakar yang telah membuat kajian tentang manfaat ACV selama 10 tahun, Carol s. Johnston, PhD, pengarah program nutrisi di Arizona State University, masa yang disarankan untuk minuman ACV adalah sekali atau dua kali sehari, setiap kali sebelum makan. 

Hah! Mudahkan.
Kalau nak kurangkan berat badan cepat, teguk dulu minuman apple cider vinegar setiap kali sebelum sarapan dan sekali lagi sebelum makan tengah hari. Amalkan setiap hari baru akan nampak hasilnya.
Kat bawah tu ada tip yang anda boleh amalkan.

Selamat berjaya!