Memaparkan catatan dengan label minyak argan untuk kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minyak argan untuk kulit. Papar semua catatan

Rabu, 4 April 2018

Minyak Argan Asli Teman Setia Wajah Ku

Hai, ini post pertama tahun 2018. Jarang sangat ada masa terluang untuk mengadap PC, tiap kali nak duduk tekan keyboard ada je gangguan atau halangan.

Ni ada peluang cepat-cepat buat entry....saja nak kongsi kisah Akak belakang rumah tu, saya panggil kak Nor je.
Kak Nor ni umur dah 5 siri namun nampak lebih muda 10 tahun, dia ni peminat tegar minyak argan. Memang wajib dia pakai minyak ni pada waktu pagi, malam sebelum tidur dan setiap kali nak bersolek. Kata kak Nor, minyak argan lah rahsia sebenarnya dalam penjagaan kulit wajah untuk bebas daripada masalah kulit seperti jerawat, tona kulit tak sekata, kulit kasar dan yang seangkatan dengan nya.

"Guna minyak argan untuk hasil solekan yang sempurna," kata kak Nor. Serius...solekan kak Nor memang sentiasa nampak flawless je.
Dah lama dah kak Nor amalkan pemakaian minyak argan asli ni, nak masuk 6 tahun katanya. Sambil sembang dengan kak Nor, tak lepas peluang minta tips penggunaan minyak argan untuk bagi kulit wajah yang berseri.
Ni lah cara gunanya...

Tips minyak argan untuk kulit wajah cantik

Guna minyak argan waktu pagi dan malam

  1. Basuh muka dengan pencuci muka sebersih-bersih nya, tak kisahlah produk apa yang korang pakai janji serasi dengan kulit.
  2. Lap muka dengan tuala bersih kemudian letak 2 titis minyak argan di tapak tangan, gosok kedua tapak tangan untuk memanaskan minyak argan dan sapu rata pada wajah dan leher. Urut kulit wajah supaya minyak cepat meresap kedalam kulit. Urutnya tak lama sebab minyak argan asli mempunyai tekstur yang ringan dan memang cepat meresap kedalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit- itulah kelebihan minyak argan berbanding beauty oil yang lain.
  3. Langkah seterusnya, korang boleh sapu bedak asas dan bersolek kalau nak keluar.
  4. Sebelah malam sebelum tidur, lepas cuci muka korang sapu je minyak argan pada wajah. Tak sapu krim malam pun takpe sebab khasiat minyak argan sendiri memang sudah cukup power untuk kecantikan kulit. Setelah semalaman minyak argan merawat kulit wajah waktu kita tidur, bangun waktu pagi dan cuci muka, kulit wajah akan nampak lebih berseri.


Itulah sedikit perkongsian tips minyak argan untuk wajah cantik untuk semua.
Jom layan video kelebihan minyak argan asli...



Jumaat, 16 Jun 2017

Beauty Oil Yang Terbaik Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

Sebut saja pasal beauty oil atau minyak untuk kecantikan kulit, mereka yang kulit jenis berminyak serta mudah berjerawat memang rasa gerun nak sapu benda ni kat kulit muka. Ya lahkan, dahlah kulit berminyak, nak tambah lagi sapu minyak, makin ganaslah sang jerawat membiak. Siapa yang tak takut?
Kalau boleh, memang nak elak saja sapu minyak kat muka tu, sampai kacang goreng dan coklat pun kena fikir banyak kali nak makan, takut muka makin menggrutu lagi.

Minyak menaikkan jerawat, itu adalah pandangan umum saja. Kadang-kadang ada benda kita fikirkan sebenarnya tidak tepat faktanya.
Berbalik kepada kes beauty oil, ada beberapa jenis minyak semulajadi yang mesra malah bermanfaat dengan kulit jenis berminyak.
Antara beauty oil yang bagus untuk kecantikan kulit berminyak adalah seperti, minyak grape seed, minyak tea tree, minyak argan, minyak peppermint, minyak lavender, minyak chamomile dan minyak jojoba.
  • Minyak grape seed bermanfaat untuk mengawal penghasilan sebum oleh kulit, mudah diserap dan tidak menyumbat pori-pori kulit.
  • Minyak tea tree mengandungi antiseptik, anti bakteria dan anti kulat, ia amat sesuai untuk mengobat jerawat dan alternatif terbaik kepada mereka yang sensitif atau alah kepada benzoyl peroxide.
  • Minyak argan manfaatnya memang mind=blown. Kaya dengan khasiat terbaik untuk kesihatan kulit, bersifat anti-oksidan, tinggi vitamin E dan essential fatty acids. Minyak argan pelembap semulajadi kulit, tidak berminyak dan tak akan menyebabkan liang pori tersumbat.
  • Minyak peppermint juga serasi untuk kulit berminyak, ia membantu menyingkir rembesan minyak oleh kulit dan mengelak masalah jerawat.
  • Minyak lavender, memerangi jerawat dengan menghalang pembiakan bakteria, dan bantu menstabilkan penghasilan minyak oleh kulit. Minyak lavender bersifat melegakan, bantu mengurangkan masalah keradangan pada kulit.Amaran, wanita mengandung, menyusu anak dan mereka yang ada diabetes tidak digalakkan menggunakan minyak lavender.
  • Minyak chamomile kandungannya ada anti-keradangan yang membantu merawat masalah jerawat, mengurangkan masalah bengkak pada kulit dan bersifat penyembuh.
  • Minyak jojoba membantu meneutralkan pH kulit, kajian menunjukan minyak jojoba efektif untuk menghalang pembentukan jerawat kerana berupaya menghalangkan kulit dari menghasilkan minyak berlebihan.
Sebenarnya ada banyak lagi minyak yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit, tapi, disini ini saja perkongsian saya tentang beauty oil yang terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Ahad, 27 November 2016

6 Sebab Kenapa Anda Harus Guna Minyak Argan Pada Kulit

Apabila kita berkata tentang minyak argan, secara spontan kita akan terbayang keadaan yang rambut berminyak dan melenting. Tetapi adakah anda tahu minyak argan juga mempunyai manfaat yang luar biasa untuk kulit anda?

"Mind blown...😙", seperti kata Josie Maran, pengasas kosmetik terkenal.

Di sini, kita lihat 6 sebab kenapa anda harus memanfaatkan khasiat minyak argan untuk kulit anda.

1. Minyak argan dipenuhi khasiat yang baik
Minyak argan mengandungi antioksidan, vitamin E dan essential fatty acids. Ini adalah 'superfood' yang berkhasiat dan memberi perlindungan semulajadi untuk kulit anda.

2. Minyak argan akan menghidrat kulit kering
Jika anda sedang tercari-cari pelembap semulajadi untuk kulit, nah!...minyak argan memang sesuai.
Ia bukan saja merangkap kelembapan, bahkan melindungi kulit daripada radikal bebas dan kesan kerosakan dari persekitaran luaran (contohnya pencemaran).

3. Minyak argan tidak meninggalkan kesan berminyak
Ia sesuai untuk semua jenis kulit walaupun kulit berminyak kerana khasiatnya juga berfungsi untuk mengawal pengeluaran minyak.
Ia mengimbangkan dan meneutralkan pengeluaran minyak oleh sel-sel kulit secara semulajadi, oleh itu anda tidak perlu risau tentang keadaan kulit yang terlebih minyak.

4. Minyak argan tidak akan menyumbat liang roma
Kebanyakan kita akan berfikir banyak kali untuk menggunakan minyak dibahagian muka kerana risau masalah jerawat dan bintik hitam. Ini adalah silap, minyak argan sebenarnya membantu kerana ia mengimbangkan pengeluaran minyak semulajadi.
Untuk orang yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema, psoriasis dan rosacea juga sesuai.

5. Anti-aging semulajadi
Minyak argan juga adalah serum anti-aging semulajadi. Ini adalah kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, maka ia melindungi keanjalan kulit anda.

6. Tiada masalah untuk digunakan waktu siang dan malam
Minyak argan cukup ringan untuk digunakan sebagai pelembap harian dan cukup menghidratkan untuk rawatan semalaman. Satu produk untuk 2 fungsi, memang berbaloi.

Ketahui lanjut manfaat minyak argan asli di sini.