Rabu, 19 Februari 2014

Fakta Kesihatan Minyak Kelapa

Ramai berpendapat minyak kelapa tidak sihat kerana ia menyumbang kepada penyakit jantung padahal itu tidak benar. Minyak kelapa sebenarnya makanan yang sihat untuk hati kerana khasiatnya meransang kesihatan badan dalam pelbagai cara.

Khasiat minyak kelapa
  • Kajian telah membuktikan pengambilan minyak kelapa membantu tubuh menghasilkan rintangan untuk kedua-dua virus dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Bukan itu saja, malah ia juga boleh membantu untuk melawan yis, kulat dan candida.
  • Bantu meningkatkan pengggunaan insulin dalam badan dan ini bantu mengawal kadar gula dalam darah.
  • Minyak kelapa meransang fungsi tiroid untuk meningkatkat metabolisma, tenaga dan daya tahan badan.
  • Minyak Kelapa membantu sistem penghadaman dan membantu menyerap vitamin larut lemak. 
Bagaimana minyak kelapa mengurangkan kolesterol?

Minyak kelapa mempunyai lemak tepu yang dipanggil asid laurik, sejenis MCT.
Asid laurik meningkatkan kolesterol HDL baik dalam darah yang mana ia membantu perbaiki tahap nisbah kolesterol. Minyak kelapa merendahkan kolesterol dengan menukarnya kepada Pregnenolone, molekul yang merupakan bentuk awal pelbagai hormon yang diperlukan oleh badan.

Minyak kelapa membantu hormon tiroid untuk berfungsi dengan normal. Apabila tiroid gagal berfungsi dengan normal, ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar kolesterol yang tidak baik.


Bagaimana minyak kelapa membantu menjaga berat badan yang seimbang?

Minyak kelapa mempunyai lemak khas yang dipanggil MCT. Telah dibuktikan pemecahan lemak yang sihat dalam hati membawa kepada pembakaran tenaga dengan cekap.
 
Satu kajian tahun 2009, menunjukkan wanita yang mengamalkan 2 sudu besar minyak kelapa setiap hari selama 12 minggu bukan sahaja TIDAK mengalami pertambahan berat badan, malah mengurangkan jumlah lemak di bahagian abdomen (jenis lemak yang sukar untuk hilang dan banyak menyumbang kepada masalah berkaitan jantung).

Bolehkah minyak kelapa bantu melambatkan penuaan?

Minyak kelapa menghasilkan tindakan anti-oksidan positif dalam badan. Ini bermakna ia membantu badan untuk menghalang kerosakan ke atas lemak sihat dan tisu-tisu badan. Pengoksidaan adalah penyumbang utama kepada masalah kardiovaskular dan penuaan kulit.
Minyak kelapa sebenarnya boleh membantu badan untuk mengurangkan keperluan untuk anti-oksidan.


Minyak kelapa baik untuk kulit dan rambut

Minyak kelapa adalah pelembap yang cukup bagus untuk kulit dan rambut.
Ia mempunyai jumlah vitamin E anti-oksidan yang baik, bertindak sebagai pelindung.


Secara amnya, fakta yang mengatakan minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan adalah TIDAK BENAR.
Yang pasti, minyak kelapa membantu menguatkan keimunan badan, menambah tenaga badan, mengurangkan tahap kolesterol dan pelembap serta pelindung yang baik kepada kulit dan rambut.

sumber:Article By Pina LoGiudice ND, LAc, Siobhan Bleakney, ND, and Peter Bongiorno ND, LAc Co-Medical Directors of Inner Source Health in New York  

Kalau anda ingin memanfaatkan khasiat minyak kelapa, klik sini untuk info lanjut Minyak kelapa Dara Asli.