Isnin, 22 September 2014

Makanan Baik Untuk Minda Kanak-Kanak

Kepentingan makanan baik untuk minda pada awal perkembangan otak kanak-kanak
Sepanjang 36 bulan pertama kehidupan seorang kanak-kanak, mindanya rancak berkembang, kerana pada masa itulah dia menyerap setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya dan belajar untuk bertindak balas mengikut keadaan. Aktiviti seperti membaca kepada anak anda, mendengar muzik, membina dengan blok bersama-sama, bermain permainan dengan dia, dan membiarkan dia meneroka persekitarannya, jika dilakukan dengan kerap boleh menggalakkan perkembangan minda yang cerdas. Namun, aktiviti-aktiviti bersama bukanlah satu-satunya cara yang boleh meransang minda kanak-kanak kerana pemakanan yang baik dan sesuai juga amat penting.

Makanan yang betul terutamanya yang mengandungi antioksidan, choline, omega-3 asid lemak, dan karbohidrat kompleks, semua membantu dalam meningkatkan kesihatan sel-sel otak. Memastikan anak anda mendapat nutrisi makanan yang cukup pada peringkat awal kehidupannya merupakan langkah yang bijak.



Antara makanan baik untuk minda Kanak-kanak:

Antioksidan

Makanan yang ada nutrisi antioksidan baik untuk minda kerana ia bantu melindungi sel membran otak daripada kerosakan.
Contoh-contoh makanan yang kaya dengan nutrisi antioksidan adalah seperti blueberry, strawberi, raspberi dan beri hitam. dan adalah pilihan yang hebat, juga. Anda juga boleh mendapati nutrisi antioksidan dalam banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran lain - lebih terang warnanya, lebih tebal nutrisinya. Di samping itu, makanan kekacang dan bijian juga merupakan sumber terbaik vitamin E antioksidan, yang melindungi sel membran otak.

Kolin

Kolin adalah nutrisi yang penting untuk pertumbuhan otak dan fungsi ingatan, dan ia membantu otak berkomunikasi dengan seluruh badan.
Anda boleh mendapat sumber kolin dari telur (terutama kuning telur), kacang, brussels sprout, brokoli, bunga kobis, yogurt, tauhu, buckwheat, dan daging tanpa lemak.

Asid Lemak Omega-3

Lemak sihat adalah bahan yang baik dalam susu ibu dan susu formula bayi yang diperkuatkan. Ia penting untuk otak dan perkembangan mata, serta membantu menstabilkan mood.
Contoh-contoh makanan yang ada sumber asid lemak Omega-3 adalah ikan salmon, udang, kekapis, walnut, flaxseed, telur yang diperkayakan dengan omega-3 dan yogurt.


Karbohidrat Kompleks

Contoh makanan karbohidrat kompleks adalah bijirin yang kaya dengan serat (atau kanji). Ia penting untuk fungsi otak kerana ia adalah sumber utama bahan api. Apabila badan menyerap karbohidrat kompleks, ia dipecahkan kepada glukosa, yang mana akan digunakan sebagai tenaga oleh badan (dan otak).
Sumber karbohidrat kompleks boleh didapati dari roti bijirin penuh, pasta, keropok, bijirin, lempeng, wafel, dan beras perang.

Rumusannya, nutrisi makanan baik untuk minda mampu melahirkan kanak-kanak yang bijak.
Apabila bercakap tentang minda kanak-kanak cerdas, memupuk perkembangan minda sejak awal melalui pemakanan sihat dan sesuai adalah penting. Itulah sebabnya ibubapa harus peka tentang fakta ini.

Lihat langkah mudah untuk membekalkan makanan baik untuk minda kanak-kanak <--- disini.