Memaparkan catatan dengan label info fesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info fesyen. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Julai 2017

Jimmy Choo Kini Milik Michael Kors

Jimmy Choo Di Lelong Kepada Jenama Fesyen Amerika Syarikat, Michael Kors


Jimmy Choo, jenama mewah British yang mana peminatnya termasuklah selebriti Beyonce dan Duchess of Cambridge, telah berjaya dimiliki oleh jenama fesyen Amerika Syarikat secara lelong dengan nilai £896 juta.


Popular dengan strappy stilettoes yang mana harganya mampu mencecah hampir £3,000 sepasang, jenama Jimmy Choo dihasilkan di sebuah bengkel kasut di Hackney, di timur London pada tahun 1996 oleh seorang tukang kasut bernama Jimmy Choo yang berasal dari Malaysia, selepas rekaannya berjaya menarik minat editor aksesori Vogue yang ketika itu dipegang oleh Tamara Mellon.

Beberapa tahun kemudiannya rekaan Jimmy Choo melonjak terkenal hasil bantuan Carrie Bradshaw, watak fiksyen dalam siri TV 'Sex and the City'.
Sekarang, firma ini mempunyai 150 buah rangkaian kedai sendiri di seluruh dunia dan ditambahan ini 60 lagi kedai francais yang turut menjual barangan jenama Jimmy Choo yang lain serta kasutnya.

Pengambilalihan oleh Michael Kors, yang dijangka dimuktamadkan pada musim luruh ini, menandakan keempat kali Jimmy Choo, yang disenaraikan di Bursa Saham London kurang daripada tiga tahun lalu dengan harga £545.6 juta, telah bertukar tangan.


Choo, membuat kasut pertamanya pada usia 11 tahun dan Mellon meninggalkan firma setelah sekumpulan syarikat ekuiti swasta berjaya mengawal perniagaan. Choo menjual pegangan 50% nya pada tahun 2001 dan di ikuti Mellon pada tahun 2011 apabila JAB Luxury membeli firma itu lebih dari £500 juta.

Setelah agak lama sejak melepaskan firma tersebut, pada tahun lepas Mellon telah gagal dalam kes saman bekas majikannya. Mellon menuntut bayaran kerosakan bernilai jutaan pound dari bekas majikannya atas dakwaan ia telah cuba mensabotaj perniagaan barunya, perniagaan kasut mewah jenamanya sendiri, dengan cubaan menghalang pembekal daripada menghasilkan rekaannya.

Pemegang saham majoriti Jimmy Choo, JAB Luxury, cabang pelaburan jutawan Jerman, Keluarga Reimann, meletakkan syarikat itu untuk dijual pada bulan April. JAB menjual pegangannya yang 67.6% kerana mahu fokus kepada pelaburan makanan dan barangan penggunanya, termasuk pembuat donat Krispy Kreme dan jenama kopi termasuk Douwe Egberts.

Pierre Denis, ketua eksekutif bagi jenama kasut itu mengambil keputusan untuk terus berkhidmat, begitu juga dengan pengarah kreatifnya, Sandra Choi, yang telah bersama dengan firma itu sejak awal, dan pengarah kewangan, Jonathan Sinclair.
Denis akan perolehi £6.2 juta dari pegangan sahamnya, manakala Choi mendapat £2.2 juta untuk pegangannya dan Peter Harf, sebagai pengerusi, akan menerima £2.1 juta.

Para penganalisis berpendapat perjanjian itu akan meningkatkan prestij Michael Kors, sebuah jenama mewah yang lebih berpatutan, membantu ia bergerak ke tahap pasaran yang lebih tinggi di pasaran global. Selama bertahun-tahun jenama MK, yang menjual kasut, kacamata, jam tangan, barang kemas dan minyak wangi, pernah suatu ketika merupakan salah satu label fesyen yang paling pesat berkembang di dunia tetapi akhir-akhir ini jualannya telah merudum.

John Idol, ketua eksekutif Michael Kors, berkata: "Jimmy Choo dikenali di seluruh dunia dengan fesyen kasutnya yang glamor dan terkini. Syarikat itu adalah pemacu dalam menetapkan trend fesyen. Reka bentuk inovatif dan craftsmanshipnya yang luar biasa amat mudah diterima trendter secara global. "

Jimmy Choo berkata ia berharap sokongan baru ini akan dapat membantunya berkembang untuk menjadi jenama yang bernilai $1 billion, dengan sebahagiannya memperluaskan aksesori dan perniagaan kasut lelaki yang baru-baru ini dilancarkan.

Syarikat itu mencapai jualan sebanyak £364 juta pada tahun 2016 dimana ia terus mengimbangi kelembapan pasaran di Asia yang dialami oleh banyak jenama mewah. Tetapi keuntungan sebelum cukai merosot hampir 20% kepada £17.7 juta, kerana di Amerika Syarikat mengalami penurunan jualan oleh pasaraya besar dan ditambah dengan kejatuhan nilai pound yang seterusnya meningkatkan kos.

Jonathan Buxton, ketua pengguna dan peruncit di Cavendish Corporate Finance, berkata: "Jimmy Choo adalah jenama kasut yang popular di dunia tetapi seperti banyak jenama mewah yang lain, ia telah mengalami penurunan jualan disebabkan oleh diskaun di kedai-kedai dan keutamaan pelanggan untuk jenama terkenal makin jauh berubah arah.

"Bagi Michael Kors, perjanjian ini akan membuka peluang untuk memasuki pasaran mewah, untuk meningkatkan jualan dan mempelbagaikan jenamanya sendiri."

Honor Strachan, penganalisis runcit di GlobalData, berkata perjanjian itu juga boleh membawa kestabilan kepada Jimmy Choo selepas berada dibawah beberapa pemilik ekuiti swasta yang berbeza.

"Syarikat itu telah banyak kali bertukar tangan. Bagi Jimmy Choo ini adalah satu peluang untuk mempunyai pemilik yang mengkhusus kearah peruncitan mewah dan mempunyai logistik dan kepakaran dalam pasaran itu dan ini akan dapat menyokongnya untuk berkembang di peringkat antarabangsa," katanya.

Saham Jimmy Choo ditutup 17% hingga 228.25p selepas pelabur-pelabur City memberi maklum balas yang positif kepada perjanjian pengambilalihan itu. Perniagaan itu terapung di pasaran saham London pada 140p satu saham pada tahun 2014, dengan nilai £550 juta.

Jimmy Choo 2017 bukan lagi Jimmy Choo 2004


Suatu ketika dulu, Jimmy Choo adalah lambang kepada kasut mewah. Jenama itu masuk usia matang dalam era zaman paparazzi, ketika itu diwarnai gosip, skandal Paris Hilton dan 'Sex and the City' yang dan kasut bertumit tinggi.

Walaupun sebuah jenama yang unggul dan menjadi rujukan untuk ke permaidani merah, namun untuk melabelnya sebagai  label kasut yang sangat bergaya sekarang, pada tahun 2017, seakan akan tidak sesuai. Label lain telah bergerak mengikut masa, dan mempunyai penjenamaan semula. Reka bentuk kasut telah menjadi begitu eksperimental dan tentang gaya yang paling kerap menjadi buah mulut cenderung datang dari label perkhidmatan penuh dan bukannya jenama kasut - lihat saja loafers berbulu Gucci yang terkenal, dan kasut but stoking avantt garda paha tinggi Balenciaga. Kasut tumit tinggi tidak lagi menguasai catwalk, sama ada - kasut flats, trainers dan ugly pretty menjadi semakin trendy. Jimmy Choo masih membuat sandal bertatahkan berlian yang klasik, bergantung kepada pandangan individu, tetapi tetap jauh dari pemikiran biasa. Kasut Jimmy Choo yang tidak praktikal memerlukan gaya hidup yang mahal dan kemunculan seperti ini tidak terlalu hip.

Dalam istilah fesyen, penurunan ini telah berlaku secara beransur-ansur. Pemergian Tamara Mellon yang telah mengubah jenama Jimmy Choo menjadi raja kemewahan sebelum meninggalkan firma itu, dengan perasaan tidak senang, dengan pembayaran pada tahun 2011. Terapung di bursa saham London pada tahun 2014 ... ia umpama kes Trigger' Broom . Jimmy Choo 2017 tidak lagi seperti Jimmy Choo 2004.

Mungkin pengambilalihan ini akan lebih memberi kelebihan kepada Michael Kors - label Amerika yang penjualannya teruk selepas mengambil peranan duta sebagai label 'du jour of basic', istilah pejoratif yang berkaitan dengan arus perdana. Walaupun kurang hipness, Jimmy Choo masih mempunyai kelebihan. Kasut Jimmy Choo masih dipakai oleh Kate Middleton, dan masih boleh dikatakan menguasai permaidani merah, maka tidak hairan kalau label seperti Michael Kors -  yang lebih murah, sering didiskaun - akan tidak melepaskan peluang untuk memiliki label itu.

Mendominasi permaidani merah tidak sama dengan mendominasi catwalk tetapi ia memberikan banyak pendedahan lebih kepada sesuatu jenama itu. Maka, jika anda ingin membuat pelaburan untuk dalam sepasang kasut bertumit dalam nilai sekitar £500, maka, Jimmy Choo masih mempunyai graviti di pasaran yang seumpamanya.