Kalau boleh, memang nak elak saja sapu minyak kat muka tu, sampai kacang goreng dan coklat pun kena fikir banyak kali nak makan, takut muka makin menggrutu lagi.
Minyak menaikkan jerawat, itu adalah pandangan umum saja. Kadang-kadang ada benda kita fikirkan sebenarnya tidak tepat faktanya.
Berbalik kepada kes beauty oil, ada beberapa jenis minyak semulajadi yang mesra malah bermanfaat dengan kulit jenis berminyak.
Antara beauty oil yang bagus untuk kecantikan kulit berminyak adalah seperti, minyak grape seed, minyak tea tree, minyak argan, minyak peppermint, minyak lavender, minyak chamomile dan minyak jojoba.
- Minyak grape seed bermanfaat untuk mengawal penghasilan sebum oleh kulit, mudah diserap dan tidak menyumbat pori-pori kulit.
- Minyak tea tree mengandungi antiseptik, anti bakteria dan anti kulat, ia amat sesuai untuk mengobat jerawat dan alternatif terbaik kepada mereka yang sensitif atau alah kepada benzoyl peroxide.
- Minyak argan manfaatnya memang mind=blown. Kaya dengan khasiat terbaik untuk kesihatan kulit, bersifat anti-oksidan, tinggi vitamin E dan essential fatty acids. Minyak argan pelembap semulajadi kulit, tidak berminyak dan tak akan menyebabkan liang pori tersumbat.
- Minyak peppermint juga serasi untuk kulit berminyak, ia membantu menyingkir rembesan minyak oleh kulit dan mengelak masalah jerawat.
- Minyak lavender, memerangi jerawat dengan menghalang pembiakan bakteria, dan bantu menstabilkan penghasilan minyak oleh kulit. Minyak lavender bersifat melegakan, bantu mengurangkan masalah keradangan pada kulit.Amaran, wanita mengandung, menyusu anak dan mereka yang ada diabetes tidak digalakkan menggunakan minyak lavender.
- Minyak chamomile kandungannya ada anti-keradangan yang membantu merawat masalah jerawat, mengurangkan masalah bengkak pada kulit dan bersifat penyembuh.
- Minyak jojoba membantu meneutralkan pH kulit, kajian menunjukan minyak jojoba efektif untuk menghalang pembentukan jerawat kerana berupaya menghalangkan kulit dari menghasilkan minyak berlebihan.