Khamis, 25 September 2014

Remedi Pemutih Kulit Yang Boleh Dibuat Di Rumah

Anda ingin memiliki kulit yang lebih cerah?
Anda nak tahu cara mudah mengunakan remedi semulajadi sebagai pemutih kulit yang boleh dibuat di rumah?

Pada kebiasaannya kita digalakkan untuk merawat dan memanjakan kulit setiap 2 minggu di spa untuk mendapatkan kulit cantik. Namun, bukan semua orang mampu berbuat demikian atas alasan tiada masa sebab jadual terlalu sibuk dan kos kunjungan ke spa terlalu tinggi.
Pada yang kurang mampu atau tiada masa untuk ke spa, cara mudah adalah dengan membuat rawatan sendiri dirumah. Yelah...jika kita rajin ada pelbagai remedi semulajadi yang boleh di buat ramuan pencerah kulit semulajadi.

Berikut adalah beberapa remedi pemutihan kulit yang mudah didapati dirumah.

1. Masker Lemon dan Betik
Lemon dan betik dikatakan mengandungi sifat-sifat pemutihan semulajadi. Penyediaannya mudah je..Hanya lecekkan betik yang masak dan campurkan dengan secawan jus lemon yang baru diperah. Urut campuran ini di seluruh muka dan leher dan biarkan selama 45 minit sebelum mencucinya.

2. Masker Madu dan Badam
Gabungan madu dan badam bukan sahaja amat melembapkan kulit anda, ia juga akan mencerahkan tona kulit anda. Pergi ke dapur dan cari satu sudu madu, satu sudu besar jus lemon segar, setengah sudu minyak badam dan satu sudu besar susu tepung. Campur semuanya dan kacau elok-elok. Sapukan campuran ramuan tadi pada muka dan leher anda dan tunggu sekurang-kurangnya 20 minit sebelum membasuh dengan bersih. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan susu segar tetapi ini akan menghasilkan masker yang agak cair.

3. Skrub Tomato dan Oat
Cara terbaik untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru adalah untuk mengelupaskan sel-sel kulit lama. Ini boleh dilakukan dengan skrub muka semula jadi. Tak payah susah-susah berlari ke kedai cari skrub muka, buat saja skrub semulajadi dirumah. Hanya dengan mencampurkan percikan jus tomato segar dan satu sudu oat dah siap dah. Lepas itu, gosok campurannya di seluruh kulit anda dan bilasnya dengan air suam.

4. Mandian Susu
Lagenda mengatakan Cleopatra memperolehi kulit cantiknya hasil daripada amalan beliau mandi susu setiap hari. Asid laktik dalam susu boleh melembap dan mencerahkan kulit secara mendalam. Walaupun amalan mandi susu setiap hari memakan masa dan kos yang mahal tak payah nak sebut, kalau mampu menikmati ia sekali-sekala. Menggunakan susu tepung adalah pilihan yang baik kerana ia mengandungi nutrien yang sama seperti susu segar, lebih murah dan boleh mengisi tab mandi.

5. Masker Lemon dan Timun
Ini memang sesuai untuk cuaca yang panas memandangkan gabungan dua ramuan ini memang memberi kelegaan sempurna pada permukaan kulit. Hanya campurkan air perahan limau dan jus timun dalam kuantiti yang sama banyak, kemudian gunakan sekeping kapas muka untuk sapukan campuran tadi ke seluruh muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.

Sebagai peringatan, jangan lupa untuk menggunakan pelembap kulit setiap kali selepas menggunakan masker atau skrub. Ini adalah perlu agar kulit anda kekal hidrat dan lembut.

Kepada anda yang mencari kaedah yang tidak mahal untuk memutihkan kulit bolehlah cuba kaedah-kaedah di atas. Hasilnya mungkin lambat tapi berkesan jika diamalkan selalu.
Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan