Memaparkan catatan dengan label cara memutihkan kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara memutihkan kulit. Papar semua catatan

Ahad, 30 Julai 2017

Remedi Pencerah Kulit Semulajadi

Katakan anda sedang membelek majalah Vogue, dan mata anda terus melekat pada gambar close-up seorang model - kulitnya nampak tersangat cantik, absolutely flawless katakan! Tentulah anda pun teringin nak memiliki kulit cantik mulus macam tu.

Siapa tak nak kan! 😙😙😙
Kulit cerah dan cantik gitu...memang menjadi idaman setiap wanita - bukan wanita je, lelaki juga.

Nak impian anda jadi kenyataan?
Mari saya kongsikan remedi pencerah kulit semulajadi yang boleh membantu anda mencapai impian kulit cantik mulus.

Boleh caya ke?
Terpulanglah...tapi kalau nak tahu, boleh teruskan baca.

Sesiapa yang kulit memang dah flawless, anda memang tergolong dalam golongan privilege kerana
diberkati dengan kulit yang sempurna.
Kepada anda yang ingin kulit cerah sempurna, itu bukan mustahil, tapi memerlukan penjagaan sempurna dan konsisten. Dan yang bestnya, ada cara yang tak perlukan anda berbelanja tinggi.

Dalam artikel ni, anda boleh cuba remedi pencerah kulit semulajadi buatan sendiri yang mudah disediakan. Remedi buatan sendiri ini boleh membantu mencantikkan kulit - pudarkan kesan parut, kulit kurang kedutan dan mencerahkan kulit.

Bahan Utama Remedi Pencerah Kulit Semulajadi


  1. Apple Cider Vinegar (dalam bahasa melayu, mungkin- cuka sider epal)
  2. Aloe Vera
  3. Tawas (Alum)
  4. Minyak Kelapa


1. Remedi Pencerah Kulit Apple Cider Vinegar



1 sudu teh ACV
2 sudu teh air mawar
Bola kapas

Apa yang harus anda lakukan: Campurkan cuka dan air mawar dan tekan pada bahagian kulit yang bermasalah, contoh, parut dan kawasan berpigmen di muka anda.
Biarkan ia kering selama 10 minit dan bilas dengan air.

Untuk jenis kulit yang sensitif, di sarankan tambah beberapa gel aloe vera untuk melawan keasidan cuka.
Anda hanya  perlu melakukan ini sekali setiap hari.

Bagaimana ini berfungsi?
ACV mengandungi asid yang mengelupas sel kulit yang kusam dan berpigmen, dan ia juga mencerahkan parut dan kecelaan kulit. ACV juga mengandungi antioksidan yang meningkatkan kesihatan kulit dengan membalikkan kerosakan radikal bebas. Ia juga ada ciri-ciri astringen menenangkan kepada kulit dan memperbaiki kulit.

2. Remedi Pencerah Kulit Aloe Vera



Anda perlu satu daun lidah buaya.

Apa yang harus anda lakukan: Potong daun aloe vera ini di bahagian tepi. Berhati-hati dengan duri yang terdapat di tepi daun. Ambil keluar gel yang ada untuk di masukkan ke dalam bekas yang ketat udara. Ambil sebahagian gel dan sapukan pada seluruh muka anda dan urut supaya ia meresap kedalam kulit. Biarkan pada permukaan kulit sekurang-kurangnya satu jam sebelum mencuci bersih dengan air suam.

Simpan gel aloe vera yang lebihnya di tempat yang sejuk. Sekiranya anda tidak mempunyai tumbuhan aloe vera, anda boleh beli botol gel aloe organik yang ada di pasaran.

Anda boleh ulangi cara ini setiap kali cuci muka, setiap hari.

Manfaat gel aloe vera ini bantu mengurangkan bintik hitam dan bekas luka serta meratakan tona kulit. Ia juga melembapkan kulit, mengurangkan penampilan kedutan, dan menyembuhkan kulit yang rosak.

3. Remedi Pencerah Kulit Serbuk Tawas



1 sudu teh serbuk tawas
1 sudu madu

Apa yang harus anda lakukan: Buat paste dengan bahan-bahan di atas.
Sapukan paste tadi pada muka sepert anda mamakai mask dan biarkan ia kering selama 10 minit.
Basuhkan muka bersih dengan air hangat - air suam-suam kuku.

Kaedah ini boleh anda amalkan dua kali seminggu.

Cara ini berfungsi kerana tawas boleh mengurangkan garis halus dan kedutan dengan memberi kesan pengetatan pada kulit wajah anda. Ia juga bersifat antibakteria dan boleh membantu mengatasi jerawat.
Liang-liang besar juga akan dikurangkan kerana sifat astringen pada tawas.

4. Remedi Pencerah Kulit Minyak Kelapa



Anda hanya perlukan beberapa titisan minyak kelapa organik

Apa yang harus anda lakukan: Anda hanya perlu cuci muka bersih dan lapkan muka sampai kering. Urut kulit muka dengan minyak kelapa dan biarkannya untuk semalaman.

Untuk jenis kulit berminyak, anda boleh menambah setitik atau dua minyak kelapa ke pelembap biasa anda dan gunakannya setiap malam.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap malam sebelum tidur.

Minyak kelapa memberi banyak manfaat untuk mengekalkan kulit yang sihat dan sempurna. Ia mempunyai ciri-ciri antimikrob, anti-radang, antioksidan, dan pelembap semulajadi kulit.

Nah! Tak sukarkan kalau nak kulit wajah cantik.

Khamis, 25 September 2014

Remedi Pemutih Kulit Yang Boleh Dibuat Di Rumah

Anda ingin memiliki kulit yang lebih cerah?
Anda nak tahu cara mudah mengunakan remedi semulajadi sebagai pemutih kulit yang boleh dibuat di rumah?

Pada kebiasaannya kita digalakkan untuk merawat dan memanjakan kulit setiap 2 minggu di spa untuk mendapatkan kulit cantik. Namun, bukan semua orang mampu berbuat demikian atas alasan tiada masa sebab jadual terlalu sibuk dan kos kunjungan ke spa terlalu tinggi.
Pada yang kurang mampu atau tiada masa untuk ke spa, cara mudah adalah dengan membuat rawatan sendiri dirumah. Yelah...jika kita rajin ada pelbagai remedi semulajadi yang boleh di buat ramuan pencerah kulit semulajadi.

Berikut adalah beberapa remedi pemutihan kulit yang mudah didapati dirumah.

1. Masker Lemon dan Betik
Lemon dan betik dikatakan mengandungi sifat-sifat pemutihan semulajadi. Penyediaannya mudah je..Hanya lecekkan betik yang masak dan campurkan dengan secawan jus lemon yang baru diperah. Urut campuran ini di seluruh muka dan leher dan biarkan selama 45 minit sebelum mencucinya.

2. Masker Madu dan Badam
Gabungan madu dan badam bukan sahaja amat melembapkan kulit anda, ia juga akan mencerahkan tona kulit anda. Pergi ke dapur dan cari satu sudu madu, satu sudu besar jus lemon segar, setengah sudu minyak badam dan satu sudu besar susu tepung. Campur semuanya dan kacau elok-elok. Sapukan campuran ramuan tadi pada muka dan leher anda dan tunggu sekurang-kurangnya 20 minit sebelum membasuh dengan bersih. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan susu segar tetapi ini akan menghasilkan masker yang agak cair.

3. Skrub Tomato dan Oat
Cara terbaik untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru adalah untuk mengelupaskan sel-sel kulit lama. Ini boleh dilakukan dengan skrub muka semula jadi. Tak payah susah-susah berlari ke kedai cari skrub muka, buat saja skrub semulajadi dirumah. Hanya dengan mencampurkan percikan jus tomato segar dan satu sudu oat dah siap dah. Lepas itu, gosok campurannya di seluruh kulit anda dan bilasnya dengan air suam.

4. Mandian Susu
Lagenda mengatakan Cleopatra memperolehi kulit cantiknya hasil daripada amalan beliau mandi susu setiap hari. Asid laktik dalam susu boleh melembap dan mencerahkan kulit secara mendalam. Walaupun amalan mandi susu setiap hari memakan masa dan kos yang mahal tak payah nak sebut, kalau mampu menikmati ia sekali-sekala. Menggunakan susu tepung adalah pilihan yang baik kerana ia mengandungi nutrien yang sama seperti susu segar, lebih murah dan boleh mengisi tab mandi.

5. Masker Lemon dan Timun
Ini memang sesuai untuk cuaca yang panas memandangkan gabungan dua ramuan ini memang memberi kelegaan sempurna pada permukaan kulit. Hanya campurkan air perahan limau dan jus timun dalam kuantiti yang sama banyak, kemudian gunakan sekeping kapas muka untuk sapukan campuran tadi ke seluruh muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.

Sebagai peringatan, jangan lupa untuk menggunakan pelembap kulit setiap kali selepas menggunakan masker atau skrub. Ini adalah perlu agar kulit anda kekal hidrat dan lembut.

Kepada anda yang mencari kaedah yang tidak mahal untuk memutihkan kulit bolehlah cuba kaedah-kaedah di atas. Hasilnya mungkin lambat tapi berkesan jika diamalkan selalu.
Selamat mencuba.