Rabu, 4 April 2018

Minyak Argan Asli Teman Setia Wajah Ku

Hai, ini post pertama tahun 2018. Jarang sangat ada masa terluang untuk mengadap PC, tiap kali nak duduk tekan keyboard ada je gangguan atau halangan.

Ni ada peluang cepat-cepat buat entry....saja nak kongsi kisah Akak belakang rumah tu, saya panggil kak Nor je.
Kak Nor ni umur dah 5 siri namun nampak lebih muda 10 tahun, dia ni peminat tegar minyak argan. Memang wajib dia pakai minyak ni pada waktu pagi, malam sebelum tidur dan setiap kali nak bersolek. Kata kak Nor, minyak argan lah rahsia sebenarnya dalam penjagaan kulit wajah untuk bebas daripada masalah kulit seperti jerawat, tona kulit tak sekata, kulit kasar dan yang seangkatan dengan nya.

"Guna minyak argan untuk hasil solekan yang sempurna," kata kak Nor. Serius...solekan kak Nor memang sentiasa nampak flawless je.
Dah lama dah kak Nor amalkan pemakaian minyak argan asli ni, nak masuk 6 tahun katanya. Sambil sembang dengan kak Nor, tak lepas peluang minta tips penggunaan minyak argan untuk bagi kulit wajah yang berseri.
Ni lah cara gunanya...

Tips minyak argan untuk kulit wajah cantik

Guna minyak argan waktu pagi dan malam

  1. Basuh muka dengan pencuci muka sebersih-bersih nya, tak kisahlah produk apa yang korang pakai janji serasi dengan kulit.
  2. Lap muka dengan tuala bersih kemudian letak 2 titis minyak argan di tapak tangan, gosok kedua tapak tangan untuk memanaskan minyak argan dan sapu rata pada wajah dan leher. Urut kulit wajah supaya minyak cepat meresap kedalam kulit. Urutnya tak lama sebab minyak argan asli mempunyai tekstur yang ringan dan memang cepat meresap kedalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit- itulah kelebihan minyak argan berbanding beauty oil yang lain.
  3. Langkah seterusnya, korang boleh sapu bedak asas dan bersolek kalau nak keluar.
  4. Sebelah malam sebelum tidur, lepas cuci muka korang sapu je minyak argan pada wajah. Tak sapu krim malam pun takpe sebab khasiat minyak argan sendiri memang sudah cukup power untuk kecantikan kulit. Setelah semalaman minyak argan merawat kulit wajah waktu kita tidur, bangun waktu pagi dan cuci muka, kulit wajah akan nampak lebih berseri.


Itulah sedikit perkongsian tips minyak argan untuk wajah cantik untuk semua.
Jom layan video kelebihan minyak argan asli...



Ahad, 13 Ogos 2017

Mengatasi Masalah Kulit Kering Dengan Berkesan

Bagi mereka yang ada masalah kulit terlalu kering, penggunaan pelembap atau losyen adalah satu kemestian. Ramai orang di luar sana tidak tahu selain penggunaan losyen pelembap, ada beberapa minyak semulajadi yang terbukti berkesan untuk mengatasi keadaan kulit terlalu kering.

 

Nak tahu cara berkesan mengatasi masalah kulit kering?


Minyak biji anggur dipercayai dapat memberi kelembutan dan kelembapan seluruh kulit. Namun, ada juga natural beauty oil @ minyak semulajadi untuk kecantikan, yang lain yang juga terbukti terbaik untuk mereka yang mengalami keadaan kulit kering.
Mari kita lihat jenis minyak yang berupaya melegakan anda yang berkulit kering.

3 minyak semulajadi untuk mengatasi kulit kering


1. Minyak argan - terbukti terbaik untuk kulit

Minyak argan mempunyai kandungan vitamin E (vitamin utama kulit) yang tinggi, bersifat antioksida dan fatty acid anti radang yang tinggi, tidak merosakkan kulit dari luar dan dalam.
Minyak argan juga ada kelebihan untuk melindungi kulit dari sinaran UV matahari yang kita ketahui punca kepada pelbagai masalah kerosakan kulit.
Sejarah khasiat minyak argan memang diketahui dan telah dimanfaatkan oleh orang terdahulu sejak ratusan tahun dahulu di negara Morocco. Keadaan kulit wanita Morocco halus dan cantik walaupun keadaan iklim di sana panas dan kering sepanjang tahun. Hanya dengan mengguna minyak argan, keadaan kulit yang kering berubah menjadi halus, cantik dan mampu bertahan dari unsur-unsur yang merosakkan kulit.


2. Minyak peppermint

Bau peppermint pun mampu membuat anda berasa bertenaga dan segar, bukan?
Begitu jugalah untuk kulit anda. Minyak peppermint menggalakkan aliran darah dan bersifat astringent semulajadi yang mampu membersihkan liang pori-pori tersumbat dan mengimbangi penghasilan minyak semulajadi oleh kulit.


3. Carrot seed oil

Carrot seed oil, kalau bahasa melayu mungkin minyak biji lobak merah, ia mengandungi antioksida yang tinggi, juga mengandungi vitamin A dan kaya dengan petrokimia beta-karoten yang dapat mengurangi peradangan kulit kering dan iritasi pada kulit. Minyak ini juga digunakan dalam banyak produk kosmetik (terutamanya produk anti-aging). Ia juga terkenal untuk membantu proses pemulihan semula jadi kulit dan membantu pembentukan tisu berparut. Ekstrak minyak ini juga boleh didapati dalam beberapa losyen pelindung pancaran matahari. Ia boleh melegakan keadaan kulit seperti ekzema dan psoriasis.

Bacaan berkaitan : Minyak argan terbaik untuk kulit...

Ahad, 30 Julai 2017

Remedi Pencerah Kulit Semulajadi

Katakan anda sedang membelek majalah Vogue, dan mata anda terus melekat pada gambar close-up seorang model - kulitnya nampak tersangat cantik, absolutely flawless katakan! Tentulah anda pun teringin nak memiliki kulit cantik mulus macam tu.

Siapa tak nak kan! 😙😙😙
Kulit cerah dan cantik gitu...memang menjadi idaman setiap wanita - bukan wanita je, lelaki juga.

Nak impian anda jadi kenyataan?
Mari saya kongsikan remedi pencerah kulit semulajadi yang boleh membantu anda mencapai impian kulit cantik mulus.

Boleh caya ke?
Terpulanglah...tapi kalau nak tahu, boleh teruskan baca.

Sesiapa yang kulit memang dah flawless, anda memang tergolong dalam golongan privilege kerana
diberkati dengan kulit yang sempurna.
Kepada anda yang ingin kulit cerah sempurna, itu bukan mustahil, tapi memerlukan penjagaan sempurna dan konsisten. Dan yang bestnya, ada cara yang tak perlukan anda berbelanja tinggi.

Dalam artikel ni, anda boleh cuba remedi pencerah kulit semulajadi buatan sendiri yang mudah disediakan. Remedi buatan sendiri ini boleh membantu mencantikkan kulit - pudarkan kesan parut, kulit kurang kedutan dan mencerahkan kulit.

Bahan Utama Remedi Pencerah Kulit Semulajadi


  1. Apple Cider Vinegar (dalam bahasa melayu, mungkin- cuka sider epal)
  2. Aloe Vera
  3. Tawas (Alum)
  4. Minyak Kelapa


1. Remedi Pencerah Kulit Apple Cider Vinegar



1 sudu teh ACV
2 sudu teh air mawar
Bola kapas

Apa yang harus anda lakukan: Campurkan cuka dan air mawar dan tekan pada bahagian kulit yang bermasalah, contoh, parut dan kawasan berpigmen di muka anda.
Biarkan ia kering selama 10 minit dan bilas dengan air.

Untuk jenis kulit yang sensitif, di sarankan tambah beberapa gel aloe vera untuk melawan keasidan cuka.
Anda hanya  perlu melakukan ini sekali setiap hari.

Bagaimana ini berfungsi?
ACV mengandungi asid yang mengelupas sel kulit yang kusam dan berpigmen, dan ia juga mencerahkan parut dan kecelaan kulit. ACV juga mengandungi antioksidan yang meningkatkan kesihatan kulit dengan membalikkan kerosakan radikal bebas. Ia juga ada ciri-ciri astringen menenangkan kepada kulit dan memperbaiki kulit.

2. Remedi Pencerah Kulit Aloe Vera



Anda perlu satu daun lidah buaya.

Apa yang harus anda lakukan: Potong daun aloe vera ini di bahagian tepi. Berhati-hati dengan duri yang terdapat di tepi daun. Ambil keluar gel yang ada untuk di masukkan ke dalam bekas yang ketat udara. Ambil sebahagian gel dan sapukan pada seluruh muka anda dan urut supaya ia meresap kedalam kulit. Biarkan pada permukaan kulit sekurang-kurangnya satu jam sebelum mencuci bersih dengan air suam.

Simpan gel aloe vera yang lebihnya di tempat yang sejuk. Sekiranya anda tidak mempunyai tumbuhan aloe vera, anda boleh beli botol gel aloe organik yang ada di pasaran.

Anda boleh ulangi cara ini setiap kali cuci muka, setiap hari.

Manfaat gel aloe vera ini bantu mengurangkan bintik hitam dan bekas luka serta meratakan tona kulit. Ia juga melembapkan kulit, mengurangkan penampilan kedutan, dan menyembuhkan kulit yang rosak.

3. Remedi Pencerah Kulit Serbuk Tawas



1 sudu teh serbuk tawas
1 sudu madu

Apa yang harus anda lakukan: Buat paste dengan bahan-bahan di atas.
Sapukan paste tadi pada muka sepert anda mamakai mask dan biarkan ia kering selama 10 minit.
Basuhkan muka bersih dengan air hangat - air suam-suam kuku.

Kaedah ini boleh anda amalkan dua kali seminggu.

Cara ini berfungsi kerana tawas boleh mengurangkan garis halus dan kedutan dengan memberi kesan pengetatan pada kulit wajah anda. Ia juga bersifat antibakteria dan boleh membantu mengatasi jerawat.
Liang-liang besar juga akan dikurangkan kerana sifat astringen pada tawas.

4. Remedi Pencerah Kulit Minyak Kelapa



Anda hanya perlukan beberapa titisan minyak kelapa organik

Apa yang harus anda lakukan: Anda hanya perlu cuci muka bersih dan lapkan muka sampai kering. Urut kulit muka dengan minyak kelapa dan biarkannya untuk semalaman.

Untuk jenis kulit berminyak, anda boleh menambah setitik atau dua minyak kelapa ke pelembap biasa anda dan gunakannya setiap malam.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap malam sebelum tidur.

Minyak kelapa memberi banyak manfaat untuk mengekalkan kulit yang sihat dan sempurna. Ia mempunyai ciri-ciri antimikrob, anti-radang, antioksidan, dan pelembap semulajadi kulit.

Nah! Tak sukarkan kalau nak kulit wajah cantik.

Jumaat, 28 Julai 2017

Jimmy Choo Kini Milik Michael Kors

Jimmy Choo Di Lelong Kepada Jenama Fesyen Amerika Syarikat, Michael Kors


Jimmy Choo, jenama mewah British yang mana peminatnya termasuklah selebriti Beyonce dan Duchess of Cambridge, telah berjaya dimiliki oleh jenama fesyen Amerika Syarikat secara lelong dengan nilai £896 juta.


Popular dengan strappy stilettoes yang mana harganya mampu mencecah hampir £3,000 sepasang, jenama Jimmy Choo dihasilkan di sebuah bengkel kasut di Hackney, di timur London pada tahun 1996 oleh seorang tukang kasut bernama Jimmy Choo yang berasal dari Malaysia, selepas rekaannya berjaya menarik minat editor aksesori Vogue yang ketika itu dipegang oleh Tamara Mellon.

Beberapa tahun kemudiannya rekaan Jimmy Choo melonjak terkenal hasil bantuan Carrie Bradshaw, watak fiksyen dalam siri TV 'Sex and the City'.
Sekarang, firma ini mempunyai 150 buah rangkaian kedai sendiri di seluruh dunia dan ditambahan ini 60 lagi kedai francais yang turut menjual barangan jenama Jimmy Choo yang lain serta kasutnya.

Pengambilalihan oleh Michael Kors, yang dijangka dimuktamadkan pada musim luruh ini, menandakan keempat kali Jimmy Choo, yang disenaraikan di Bursa Saham London kurang daripada tiga tahun lalu dengan harga £545.6 juta, telah bertukar tangan.


Choo, membuat kasut pertamanya pada usia 11 tahun dan Mellon meninggalkan firma setelah sekumpulan syarikat ekuiti swasta berjaya mengawal perniagaan. Choo menjual pegangan 50% nya pada tahun 2001 dan di ikuti Mellon pada tahun 2011 apabila JAB Luxury membeli firma itu lebih dari £500 juta.

Setelah agak lama sejak melepaskan firma tersebut, pada tahun lepas Mellon telah gagal dalam kes saman bekas majikannya. Mellon menuntut bayaran kerosakan bernilai jutaan pound dari bekas majikannya atas dakwaan ia telah cuba mensabotaj perniagaan barunya, perniagaan kasut mewah jenamanya sendiri, dengan cubaan menghalang pembekal daripada menghasilkan rekaannya.

Pemegang saham majoriti Jimmy Choo, JAB Luxury, cabang pelaburan jutawan Jerman, Keluarga Reimann, meletakkan syarikat itu untuk dijual pada bulan April. JAB menjual pegangannya yang 67.6% kerana mahu fokus kepada pelaburan makanan dan barangan penggunanya, termasuk pembuat donat Krispy Kreme dan jenama kopi termasuk Douwe Egberts.

Pierre Denis, ketua eksekutif bagi jenama kasut itu mengambil keputusan untuk terus berkhidmat, begitu juga dengan pengarah kreatifnya, Sandra Choi, yang telah bersama dengan firma itu sejak awal, dan pengarah kewangan, Jonathan Sinclair.
Denis akan perolehi £6.2 juta dari pegangan sahamnya, manakala Choi mendapat £2.2 juta untuk pegangannya dan Peter Harf, sebagai pengerusi, akan menerima £2.1 juta.

Para penganalisis berpendapat perjanjian itu akan meningkatkan prestij Michael Kors, sebuah jenama mewah yang lebih berpatutan, membantu ia bergerak ke tahap pasaran yang lebih tinggi di pasaran global. Selama bertahun-tahun jenama MK, yang menjual kasut, kacamata, jam tangan, barang kemas dan minyak wangi, pernah suatu ketika merupakan salah satu label fesyen yang paling pesat berkembang di dunia tetapi akhir-akhir ini jualannya telah merudum.

John Idol, ketua eksekutif Michael Kors, berkata: "Jimmy Choo dikenali di seluruh dunia dengan fesyen kasutnya yang glamor dan terkini. Syarikat itu adalah pemacu dalam menetapkan trend fesyen. Reka bentuk inovatif dan craftsmanshipnya yang luar biasa amat mudah diterima trendter secara global. "

Jimmy Choo berkata ia berharap sokongan baru ini akan dapat membantunya berkembang untuk menjadi jenama yang bernilai $1 billion, dengan sebahagiannya memperluaskan aksesori dan perniagaan kasut lelaki yang baru-baru ini dilancarkan.

Syarikat itu mencapai jualan sebanyak £364 juta pada tahun 2016 dimana ia terus mengimbangi kelembapan pasaran di Asia yang dialami oleh banyak jenama mewah. Tetapi keuntungan sebelum cukai merosot hampir 20% kepada £17.7 juta, kerana di Amerika Syarikat mengalami penurunan jualan oleh pasaraya besar dan ditambah dengan kejatuhan nilai pound yang seterusnya meningkatkan kos.

Jonathan Buxton, ketua pengguna dan peruncit di Cavendish Corporate Finance, berkata: "Jimmy Choo adalah jenama kasut yang popular di dunia tetapi seperti banyak jenama mewah yang lain, ia telah mengalami penurunan jualan disebabkan oleh diskaun di kedai-kedai dan keutamaan pelanggan untuk jenama terkenal makin jauh berubah arah.

"Bagi Michael Kors, perjanjian ini akan membuka peluang untuk memasuki pasaran mewah, untuk meningkatkan jualan dan mempelbagaikan jenamanya sendiri."

Honor Strachan, penganalisis runcit di GlobalData, berkata perjanjian itu juga boleh membawa kestabilan kepada Jimmy Choo selepas berada dibawah beberapa pemilik ekuiti swasta yang berbeza.

"Syarikat itu telah banyak kali bertukar tangan. Bagi Jimmy Choo ini adalah satu peluang untuk mempunyai pemilik yang mengkhusus kearah peruncitan mewah dan mempunyai logistik dan kepakaran dalam pasaran itu dan ini akan dapat menyokongnya untuk berkembang di peringkat antarabangsa," katanya.

Saham Jimmy Choo ditutup 17% hingga 228.25p selepas pelabur-pelabur City memberi maklum balas yang positif kepada perjanjian pengambilalihan itu. Perniagaan itu terapung di pasaran saham London pada 140p satu saham pada tahun 2014, dengan nilai £550 juta.

Jimmy Choo 2017 bukan lagi Jimmy Choo 2004


Suatu ketika dulu, Jimmy Choo adalah lambang kepada kasut mewah. Jenama itu masuk usia matang dalam era zaman paparazzi, ketika itu diwarnai gosip, skandal Paris Hilton dan 'Sex and the City' yang dan kasut bertumit tinggi.

Walaupun sebuah jenama yang unggul dan menjadi rujukan untuk ke permaidani merah, namun untuk melabelnya sebagai  label kasut yang sangat bergaya sekarang, pada tahun 2017, seakan akan tidak sesuai. Label lain telah bergerak mengikut masa, dan mempunyai penjenamaan semula. Reka bentuk kasut telah menjadi begitu eksperimental dan tentang gaya yang paling kerap menjadi buah mulut cenderung datang dari label perkhidmatan penuh dan bukannya jenama kasut - lihat saja loafers berbulu Gucci yang terkenal, dan kasut but stoking avantt garda paha tinggi Balenciaga. Kasut tumit tinggi tidak lagi menguasai catwalk, sama ada - kasut flats, trainers dan ugly pretty menjadi semakin trendy. Jimmy Choo masih membuat sandal bertatahkan berlian yang klasik, bergantung kepada pandangan individu, tetapi tetap jauh dari pemikiran biasa. Kasut Jimmy Choo yang tidak praktikal memerlukan gaya hidup yang mahal dan kemunculan seperti ini tidak terlalu hip.

Dalam istilah fesyen, penurunan ini telah berlaku secara beransur-ansur. Pemergian Tamara Mellon yang telah mengubah jenama Jimmy Choo menjadi raja kemewahan sebelum meninggalkan firma itu, dengan perasaan tidak senang, dengan pembayaran pada tahun 2011. Terapung di bursa saham London pada tahun 2014 ... ia umpama kes Trigger' Broom . Jimmy Choo 2017 tidak lagi seperti Jimmy Choo 2004.

Mungkin pengambilalihan ini akan lebih memberi kelebihan kepada Michael Kors - label Amerika yang penjualannya teruk selepas mengambil peranan duta sebagai label 'du jour of basic', istilah pejoratif yang berkaitan dengan arus perdana. Walaupun kurang hipness, Jimmy Choo masih mempunyai kelebihan. Kasut Jimmy Choo masih dipakai oleh Kate Middleton, dan masih boleh dikatakan menguasai permaidani merah, maka tidak hairan kalau label seperti Michael Kors -  yang lebih murah, sering didiskaun - akan tidak melepaskan peluang untuk memiliki label itu.

Mendominasi permaidani merah tidak sama dengan mendominasi catwalk tetapi ia memberikan banyak pendedahan lebih kepada sesuatu jenama itu. Maka, jika anda ingin membuat pelaburan untuk dalam sepasang kasut bertumit dalam nilai sekitar £500, maka, Jimmy Choo masih mempunyai graviti di pasaran yang seumpamanya.

Jumaat, 16 Jun 2017

Beauty Oil Yang Terbaik Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

Sebut saja pasal beauty oil atau minyak untuk kecantikan kulit, mereka yang kulit jenis berminyak serta mudah berjerawat memang rasa gerun nak sapu benda ni kat kulit muka. Ya lahkan, dahlah kulit berminyak, nak tambah lagi sapu minyak, makin ganaslah sang jerawat membiak. Siapa yang tak takut?
Kalau boleh, memang nak elak saja sapu minyak kat muka tu, sampai kacang goreng dan coklat pun kena fikir banyak kali nak makan, takut muka makin menggrutu lagi.

Minyak menaikkan jerawat, itu adalah pandangan umum saja. Kadang-kadang ada benda kita fikirkan sebenarnya tidak tepat faktanya.
Berbalik kepada kes beauty oil, ada beberapa jenis minyak semulajadi yang mesra malah bermanfaat dengan kulit jenis berminyak.
Antara beauty oil yang bagus untuk kecantikan kulit berminyak adalah seperti, minyak grape seed, minyak tea tree, minyak argan, minyak peppermint, minyak lavender, minyak chamomile dan minyak jojoba.
  • Minyak grape seed bermanfaat untuk mengawal penghasilan sebum oleh kulit, mudah diserap dan tidak menyumbat pori-pori kulit.
  • Minyak tea tree mengandungi antiseptik, anti bakteria dan anti kulat, ia amat sesuai untuk mengobat jerawat dan alternatif terbaik kepada mereka yang sensitif atau alah kepada benzoyl peroxide.
  • Minyak argan manfaatnya memang mind=blown. Kaya dengan khasiat terbaik untuk kesihatan kulit, bersifat anti-oksidan, tinggi vitamin E dan essential fatty acids. Minyak argan pelembap semulajadi kulit, tidak berminyak dan tak akan menyebabkan liang pori tersumbat.
  • Minyak peppermint juga serasi untuk kulit berminyak, ia membantu menyingkir rembesan minyak oleh kulit dan mengelak masalah jerawat.
  • Minyak lavender, memerangi jerawat dengan menghalang pembiakan bakteria, dan bantu menstabilkan penghasilan minyak oleh kulit. Minyak lavender bersifat melegakan, bantu mengurangkan masalah keradangan pada kulit.Amaran, wanita mengandung, menyusu anak dan mereka yang ada diabetes tidak digalakkan menggunakan minyak lavender.
  • Minyak chamomile kandungannya ada anti-keradangan yang membantu merawat masalah jerawat, mengurangkan masalah bengkak pada kulit dan bersifat penyembuh.
  • Minyak jojoba membantu meneutralkan pH kulit, kajian menunjukan minyak jojoba efektif untuk menghalang pembentukan jerawat kerana berupaya menghalangkan kulit dari menghasilkan minyak berlebihan.
Sebenarnya ada banyak lagi minyak yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit, tapi, disini ini saja perkongsian saya tentang beauty oil yang terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Ahad, 11 Jun 2017

Apple Cider Vinegar Boleh Kurangkan Berat Badan

Apa manfaat apple cider vinegar untuk kurangkan berat badan
Banyak sebab kenapa anda perlu suka tentang apple cider vinegar. 

ACV membantu anda yang ingin menguruskan badan. 
Ya! Terdapat beberapa kajian yang menyokong dakwaan bahawa ACV membantu mengurangkan berat badan, melegakan masalah kekembungan perut dan malah membantu meningkatkan tahap tenaga badan. 

Apa-apa pun jangan terlalu seronok sampai meneguk terus sebotol ACV yang ada kat dapur tu. 
Anda kena tahu cara yang betul untuk kurangkan berat badan dengan apple cider vinegar. 

ACV boleh diminum secara terus, malah ini adalah kaedah popular bagi ramai orang, tapi ini tidak digalakkan. Kenapa tidak digalakkan? 
Ini adalah kerana ACV bersifat asid tinggi, di mana kalau diminum secara terus, dari masa ke semasa keadaan asid tinggi ini berpotensi menyebabkan kerosakan kepada esofagus dan enamel gigi. 

Maka, untuk mengatasi kesan keasidan tinggi itu, disaran anda mencampur ACV ke dalam air minuman. Lazimnya, 1-2 sudu teh ACV dicampur ke dalam segelas air minuman, ini bergantung kepada pilihan masing-masing, nak letak 3 sudu teh pun boleh. 

Sekarang dah tahu formula di atas, anda perlu tahu bilakah masa yang paling sesuai meneguk minuman ACV jika anda mahu misi kurangkan berat badan dengan apple cider vinegar berjaya. 

Menurut kajian pakar yang telah membuat kajian tentang manfaat ACV selama 10 tahun, Carol s. Johnston, PhD, pengarah program nutrisi di Arizona State University, masa yang disarankan untuk minuman ACV adalah sekali atau dua kali sehari, setiap kali sebelum makan. 

Hah! Mudahkan.
Kalau nak kurangkan berat badan cepat, teguk dulu minuman apple cider vinegar setiap kali sebelum sarapan dan sekali lagi sebelum makan tengah hari. Amalkan setiap hari baru akan nampak hasilnya.
Kat bawah tu ada tip yang anda boleh amalkan.

Selamat berjaya!


Ahad, 27 November 2016

6 Sebab Kenapa Anda Harus Guna Minyak Argan Pada Kulit

Apabila kita berkata tentang minyak argan, secara spontan kita akan terbayang keadaan yang rambut berminyak dan melenting. Tetapi adakah anda tahu minyak argan juga mempunyai manfaat yang luar biasa untuk kulit anda?

"Mind blown...😙", seperti kata Josie Maran, pengasas kosmetik terkenal.

Di sini, kita lihat 6 sebab kenapa anda harus memanfaatkan khasiat minyak argan untuk kulit anda.

1. Minyak argan dipenuhi khasiat yang baik
Minyak argan mengandungi antioksidan, vitamin E dan essential fatty acids. Ini adalah 'superfood' yang berkhasiat dan memberi perlindungan semulajadi untuk kulit anda.

2. Minyak argan akan menghidrat kulit kering
Jika anda sedang tercari-cari pelembap semulajadi untuk kulit, nah!...minyak argan memang sesuai.
Ia bukan saja merangkap kelembapan, bahkan melindungi kulit daripada radikal bebas dan kesan kerosakan dari persekitaran luaran (contohnya pencemaran).

3. Minyak argan tidak meninggalkan kesan berminyak
Ia sesuai untuk semua jenis kulit walaupun kulit berminyak kerana khasiatnya juga berfungsi untuk mengawal pengeluaran minyak.
Ia mengimbangkan dan meneutralkan pengeluaran minyak oleh sel-sel kulit secara semulajadi, oleh itu anda tidak perlu risau tentang keadaan kulit yang terlebih minyak.

4. Minyak argan tidak akan menyumbat liang roma
Kebanyakan kita akan berfikir banyak kali untuk menggunakan minyak dibahagian muka kerana risau masalah jerawat dan bintik hitam. Ini adalah silap, minyak argan sebenarnya membantu kerana ia mengimbangkan pengeluaran minyak semulajadi.
Untuk orang yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema, psoriasis dan rosacea juga sesuai.

5. Anti-aging semulajadi
Minyak argan juga adalah serum anti-aging semulajadi. Ini adalah kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, maka ia melindungi keanjalan kulit anda.

6. Tiada masalah untuk digunakan waktu siang dan malam
Minyak argan cukup ringan untuk digunakan sebagai pelembap harian dan cukup menghidratkan untuk rawatan semalaman. Satu produk untuk 2 fungsi, memang berbaloi.

Ketahui lanjut manfaat minyak argan asli di sini.





Selasa, 7 April 2015

Khasiat Minyak Argan Untuk Kecantikan Kulit Dan Rambut

Video: Cara Memanfaatkan Minyak Argan Asli

 

Minyak argan, dengan nama jolokan "emas cecair", amat kaya dengan nutrien yang bermanfaat untuk kulit dan rambut.
Bagi anda yang belum tahu kelebihan minyak ini, berikut adalah beberapa cara bagaimana khasiat minyak argan boleh dimanfaatkan.

Khasiat minyak argan untuk kulit

1. Pelembap kulit: Kandungan vitamin E dan asid lemak yang tinggi dalam minyak argan menjadikan minyak ini sesuai sebagai peransang semulajadi kulit. Sifatnya yang tidak berminyak, mudah meresap dan tidak merengsa, menjadikan ia pelembap semulajadi yang terbaik.

2. Merawat jerawat: Kebanyakkan produk pelembap yang berada dipasaran kurang membantu malah boleh memburukkan lagi keadaan kulit terutamanya masalah jerawat yang lazimnya berpunca daripada keadaan kulit berminyak.
Minyak argan sangat berkesan ke atas kulit berjerawat, ia membantu mengimbangi kulit dengan memberi kelembapan semulajadi. Minyak argan juga mengandungi anti-oksidan yang membantu untuk memulihkan sel-sel kulit yang rosak dan mengurangkan keradangan.
Secara umumnya, minyak argan terbukti terbaik untuk merawat kulit bermasalah seperti, kegatalan, kulit retak, kulit kering, parut, bahkan kulit terbakar.

3. Meremajakan kulit: Minyak argan bukan sahaja pelembap semulajadi terbaik, malah berupaya memberi sinar keremajaan kulit dan mengurangkan kedutan pada kulit. Dengan mengamalkan pemakaian minyak argan, kulit kembali anjal, gebu, lebih lembut dan lebih cerah sekata. Tidak hairanlah ramai penggguna produk kecantikan memilih minyak argan sebagai produk anti-aging terbaik.


Khasiat minyak argan untuk rambut

1. Merawat rambut: Minyak argan telah terbukti sebagai serum rambut hebat, ia membuat rambut lebih lembut, berkilat dan lebih licin. Ia juga sesuai sebagai perapi rambut, merawat hujung rambut bercabang dan meluruskan rambut keriting.

2. Mengatasi rambut gugur: Minyak argan bantu mengatasi rambut gugur dengan menyihatkan rambut dan meransang pertumbuhan rambut baru, ini akan menjadikan rambut lebih lebat. Khasiat minyak argan menguatkan rambut dari akar hingga ke hujungnya untuk mengelakkan masalah keguguran rambut.

3. Merawat kelemumur: Masalah kelemumur berlaku kerana kaedaan kulit kepala yang tidak sihat. Minyak argan amat sesuai untuk mengembalikan kesihatan kulit kepala ketahap terbaik supaya tidak terjadinya kelemumur. Keadaan kulit kepala yang terlalu berminyak, kotor, gatal-gatal atau terlalu kering menimbulkan kelemumur. Semua masalah ini mampu diatasi dengan menyapu minyak argan di kulit kepala secara mengurut untuk 15 minit dan di biarkan semalaman. Cuci sebelah pagi dan rasa kepala lebih segar.
Lakukan setiap malam dan dalam masa seminggu anda akan rasa perubahan yang ketara.

Khasiat minyak argan untuk kecantikan kulit dan rambut tidak terbatas untuk manfaat-manfaat di atas sahaja. Banyak lagi cara bagaimana minyak argan boleh di manfaatkan untuk tujuan kecantikan.
Minyak argan boleh digunakan tanpa was-was, tapi yang penting, pastikan anda dapatkan Minyak Argan Asli untuk mendapatkan hasil yang benar-benar berkesan.

Ketahui info lanjut khasiat minyak argan asli <<<--- di sini.

Ahad, 26 Oktober 2014

Tiga Cara Mudah Untuk Kenalpasti Minyak Argan Asli

Minyak argan adalah salah satu minyak yang paling mahal di dunia kerana ia tergolong dalam kategori yang sukar diperolehi. Minyak argan asli atau 100% tulen amat sukar diperolehi kerana penghasilannya memerlukan tenaga buruh mahir dan memakan masa yang lama.
Disebabkan populariti dan permintaan tinggi tetapi dipengaruhi oleh faktor harga yang mahal maka tidak semua minyak argan yang ditawarkan dipasaran adalah asli dan tulen.

Jika anda kurang peka, anda mungkin terbeli minyak argan yang disangka asli tetapi hakikatnya telah dicampur dengan minyak lain. Untuk tujuan kecantikan, hanya minyak argan asli yang mampu memberi hasil yang cepat dan luarbiasa.

Kegunaan minyak argan dalam bidang kecantikan memang terkenal di kalangan wanita Maghribi sejak dulu lagi, namun ia mula menjadi popular apabila kehebatan luarbiasa minyak ini diketahui dan diterokai oleh para pakar bidang kecantikan di Hollywood.
Kegunaan minyak argan dalam produk kecantikan sebagai anti-penuaan, perawatan dan penjagaan kulit, rambut dan kuku mendapat sambutan luarbiasa dikalangan wanita barat.
"Liquid Gold", adalah gelaran kepada minyak argan yang diberi oleh pakar-pakar kecantikan dunia.

Jadi, amat berbaloi untuk pastikan produk yang dibeli adalah minyak argan asli.
Bagaimana nak pastikan ianya memang asli?

Tiga Cara Mudah Kenalpasti Minyak Argan Yang Asli
  1. Warna kuning emas - Minyak argan asli berwarna kuning keemasan.
  2. Bau dan tekstur - Minyak argan asli tidak berbau kuat tetapi berbau ringan seperti kekacang. Bila disapu pada kulit, ia terasa lembut, tidak melekit dan cepat meresap.
  3. Harga - Penghasilan minyak argan memakan masa dan kos tinggi, maka tiada istilah minyak argan asli yang murah. Jika anda ditawarkan minyak argan asli dengan harga murah, anda wajar berasa curiga. Pastikan kandungan produk disahkan 100% minyak argan asli oleh pihak berwajib, seperti Kementerian Kesihatan.
Memilih minyak argan asli dengan harga yang sepatutnya memang berbaloi dengan keberkesanan yang diperolehi.

Info lanjut minyak argan asli, klik disini--> 100% Minyak argan asli

Khamis, 25 September 2014

Remedi Pemutih Kulit Yang Boleh Dibuat Di Rumah

Anda ingin memiliki kulit yang lebih cerah?
Anda nak tahu cara mudah mengunakan remedi semulajadi sebagai pemutih kulit yang boleh dibuat di rumah?

Pada kebiasaannya kita digalakkan untuk merawat dan memanjakan kulit setiap 2 minggu di spa untuk mendapatkan kulit cantik. Namun, bukan semua orang mampu berbuat demikian atas alasan tiada masa sebab jadual terlalu sibuk dan kos kunjungan ke spa terlalu tinggi.
Pada yang kurang mampu atau tiada masa untuk ke spa, cara mudah adalah dengan membuat rawatan sendiri dirumah. Yelah...jika kita rajin ada pelbagai remedi semulajadi yang boleh di buat ramuan pencerah kulit semulajadi.

Berikut adalah beberapa remedi pemutihan kulit yang mudah didapati dirumah.

1. Masker Lemon dan Betik
Lemon dan betik dikatakan mengandungi sifat-sifat pemutihan semulajadi. Penyediaannya mudah je..Hanya lecekkan betik yang masak dan campurkan dengan secawan jus lemon yang baru diperah. Urut campuran ini di seluruh muka dan leher dan biarkan selama 45 minit sebelum mencucinya.

2. Masker Madu dan Badam
Gabungan madu dan badam bukan sahaja amat melembapkan kulit anda, ia juga akan mencerahkan tona kulit anda. Pergi ke dapur dan cari satu sudu madu, satu sudu besar jus lemon segar, setengah sudu minyak badam dan satu sudu besar susu tepung. Campur semuanya dan kacau elok-elok. Sapukan campuran ramuan tadi pada muka dan leher anda dan tunggu sekurang-kurangnya 20 minit sebelum membasuh dengan bersih. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan susu segar tetapi ini akan menghasilkan masker yang agak cair.

3. Skrub Tomato dan Oat
Cara terbaik untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru adalah untuk mengelupaskan sel-sel kulit lama. Ini boleh dilakukan dengan skrub muka semula jadi. Tak payah susah-susah berlari ke kedai cari skrub muka, buat saja skrub semulajadi dirumah. Hanya dengan mencampurkan percikan jus tomato segar dan satu sudu oat dah siap dah. Lepas itu, gosok campurannya di seluruh kulit anda dan bilasnya dengan air suam.

4. Mandian Susu
Lagenda mengatakan Cleopatra memperolehi kulit cantiknya hasil daripada amalan beliau mandi susu setiap hari. Asid laktik dalam susu boleh melembap dan mencerahkan kulit secara mendalam. Walaupun amalan mandi susu setiap hari memakan masa dan kos yang mahal tak payah nak sebut, kalau mampu menikmati ia sekali-sekala. Menggunakan susu tepung adalah pilihan yang baik kerana ia mengandungi nutrien yang sama seperti susu segar, lebih murah dan boleh mengisi tab mandi.

5. Masker Lemon dan Timun
Ini memang sesuai untuk cuaca yang panas memandangkan gabungan dua ramuan ini memang memberi kelegaan sempurna pada permukaan kulit. Hanya campurkan air perahan limau dan jus timun dalam kuantiti yang sama banyak, kemudian gunakan sekeping kapas muka untuk sapukan campuran tadi ke seluruh muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.

Sebagai peringatan, jangan lupa untuk menggunakan pelembap kulit setiap kali selepas menggunakan masker atau skrub. Ini adalah perlu agar kulit anda kekal hidrat dan lembut.

Kepada anda yang mencari kaedah yang tidak mahal untuk memutihkan kulit bolehlah cuba kaedah-kaedah di atas. Hasilnya mungkin lambat tapi berkesan jika diamalkan selalu.
Selamat mencuba.


Isnin, 22 September 2014

Makanan Baik Untuk Minda Kanak-Kanak

Kepentingan makanan baik untuk minda pada awal perkembangan otak kanak-kanak
Sepanjang 36 bulan pertama kehidupan seorang kanak-kanak, mindanya rancak berkembang, kerana pada masa itulah dia menyerap setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya dan belajar untuk bertindak balas mengikut keadaan. Aktiviti seperti membaca kepada anak anda, mendengar muzik, membina dengan blok bersama-sama, bermain permainan dengan dia, dan membiarkan dia meneroka persekitarannya, jika dilakukan dengan kerap boleh menggalakkan perkembangan minda yang cerdas. Namun, aktiviti-aktiviti bersama bukanlah satu-satunya cara yang boleh meransang minda kanak-kanak kerana pemakanan yang baik dan sesuai juga amat penting.

Makanan yang betul terutamanya yang mengandungi antioksidan, choline, omega-3 asid lemak, dan karbohidrat kompleks, semua membantu dalam meningkatkan kesihatan sel-sel otak. Memastikan anak anda mendapat nutrisi makanan yang cukup pada peringkat awal kehidupannya merupakan langkah yang bijak.



Antara makanan baik untuk minda Kanak-kanak:

Antioksidan

Makanan yang ada nutrisi antioksidan baik untuk minda kerana ia bantu melindungi sel membran otak daripada kerosakan.
Contoh-contoh makanan yang kaya dengan nutrisi antioksidan adalah seperti blueberry, strawberi, raspberi dan beri hitam. dan adalah pilihan yang hebat, juga. Anda juga boleh mendapati nutrisi antioksidan dalam banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran lain - lebih terang warnanya, lebih tebal nutrisinya. Di samping itu, makanan kekacang dan bijian juga merupakan sumber terbaik vitamin E antioksidan, yang melindungi sel membran otak.

Kolin

Kolin adalah nutrisi yang penting untuk pertumbuhan otak dan fungsi ingatan, dan ia membantu otak berkomunikasi dengan seluruh badan.
Anda boleh mendapat sumber kolin dari telur (terutama kuning telur), kacang, brussels sprout, brokoli, bunga kobis, yogurt, tauhu, buckwheat, dan daging tanpa lemak.

Asid Lemak Omega-3

Lemak sihat adalah bahan yang baik dalam susu ibu dan susu formula bayi yang diperkuatkan. Ia penting untuk otak dan perkembangan mata, serta membantu menstabilkan mood.
Contoh-contoh makanan yang ada sumber asid lemak Omega-3 adalah ikan salmon, udang, kekapis, walnut, flaxseed, telur yang diperkayakan dengan omega-3 dan yogurt.


Karbohidrat Kompleks

Contoh makanan karbohidrat kompleks adalah bijirin yang kaya dengan serat (atau kanji). Ia penting untuk fungsi otak kerana ia adalah sumber utama bahan api. Apabila badan menyerap karbohidrat kompleks, ia dipecahkan kepada glukosa, yang mana akan digunakan sebagai tenaga oleh badan (dan otak).
Sumber karbohidrat kompleks boleh didapati dari roti bijirin penuh, pasta, keropok, bijirin, lempeng, wafel, dan beras perang.

Rumusannya, nutrisi makanan baik untuk minda mampu melahirkan kanak-kanak yang bijak.
Apabila bercakap tentang minda kanak-kanak cerdas, memupuk perkembangan minda sejak awal melalui pemakanan sihat dan sesuai adalah penting. Itulah sebabnya ibubapa harus peka tentang fakta ini.

Lihat langkah mudah untuk membekalkan makanan baik untuk minda kanak-kanak <--- disini.

Rabu, 19 Februari 2014

Fakta Kesihatan Minyak Kelapa

Ramai berpendapat minyak kelapa tidak sihat kerana ia menyumbang kepada penyakit jantung padahal itu tidak benar. Minyak kelapa sebenarnya makanan yang sihat untuk hati kerana khasiatnya meransang kesihatan badan dalam pelbagai cara.

Khasiat minyak kelapa
  • Kajian telah membuktikan pengambilan minyak kelapa membantu tubuh menghasilkan rintangan untuk kedua-dua virus dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Bukan itu saja, malah ia juga boleh membantu untuk melawan yis, kulat dan candida.
  • Bantu meningkatkan pengggunaan insulin dalam badan dan ini bantu mengawal kadar gula dalam darah.
  • Minyak kelapa meransang fungsi tiroid untuk meningkatkat metabolisma, tenaga dan daya tahan badan.
  • Minyak Kelapa membantu sistem penghadaman dan membantu menyerap vitamin larut lemak. 
Bagaimana minyak kelapa mengurangkan kolesterol?

Minyak kelapa mempunyai lemak tepu yang dipanggil asid laurik, sejenis MCT.
Asid laurik meningkatkan kolesterol HDL baik dalam darah yang mana ia membantu perbaiki tahap nisbah kolesterol. Minyak kelapa merendahkan kolesterol dengan menukarnya kepada Pregnenolone, molekul yang merupakan bentuk awal pelbagai hormon yang diperlukan oleh badan.

Minyak kelapa membantu hormon tiroid untuk berfungsi dengan normal. Apabila tiroid gagal berfungsi dengan normal, ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar kolesterol yang tidak baik.


Bagaimana minyak kelapa membantu menjaga berat badan yang seimbang?

Minyak kelapa mempunyai lemak khas yang dipanggil MCT. Telah dibuktikan pemecahan lemak yang sihat dalam hati membawa kepada pembakaran tenaga dengan cekap.
 
Satu kajian tahun 2009, menunjukkan wanita yang mengamalkan 2 sudu besar minyak kelapa setiap hari selama 12 minggu bukan sahaja TIDAK mengalami pertambahan berat badan, malah mengurangkan jumlah lemak di bahagian abdomen (jenis lemak yang sukar untuk hilang dan banyak menyumbang kepada masalah berkaitan jantung).

Bolehkah minyak kelapa bantu melambatkan penuaan?

Minyak kelapa menghasilkan tindakan anti-oksidan positif dalam badan. Ini bermakna ia membantu badan untuk menghalang kerosakan ke atas lemak sihat dan tisu-tisu badan. Pengoksidaan adalah penyumbang utama kepada masalah kardiovaskular dan penuaan kulit.
Minyak kelapa sebenarnya boleh membantu badan untuk mengurangkan keperluan untuk anti-oksidan.


Minyak kelapa baik untuk kulit dan rambut

Minyak kelapa adalah pelembap yang cukup bagus untuk kulit dan rambut.
Ia mempunyai jumlah vitamin E anti-oksidan yang baik, bertindak sebagai pelindung.


Secara amnya, fakta yang mengatakan minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan adalah TIDAK BENAR.
Yang pasti, minyak kelapa membantu menguatkan keimunan badan, menambah tenaga badan, mengurangkan tahap kolesterol dan pelembap serta pelindung yang baik kepada kulit dan rambut.

sumber:Article By Pina LoGiudice ND, LAc, Siobhan Bleakney, ND, and Peter Bongiorno ND, LAc Co-Medical Directors of Inner Source Health in New York  

Kalau anda ingin memanfaatkan khasiat minyak kelapa, klik sini untuk info lanjut Minyak kelapa Dara Asli.

Isnin, 10 Februari 2014

Risiko Minuman Berais Selepas Makan

Kenapa anda harus elak daripada minum minuman berais selepas makan?


Risiko minum minuman sejuk lepas makan

Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda.
Air sejuk dihasilkan dengan campuran ais batu akan membekukan bahan berminyak yang baru saja diambil semasa makan. Pembekuan ini secara tidak langsung akan melemahkan penghadaman. Apabila minyak ini bertindak balas dengan asid, ia menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding makanan pejal yang lain. Minyak yang diserap ini memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. 

Secara teorinya, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan. Maka, adalah lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

Kelebihan Ais
  • Air sejuk dapat menolong pesakit insomnia iaitu sukar tidur supaya dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara sejuk akan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka masa panjang.
  • Udara panas memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini berbanding persekitaran udara sejuk.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan baik untuk kesihatan kerana ia berkesan 'meneutralkan' kesan keracunan dan asid berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan bersifat sejuk.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
***sumber: Harian Metro 27 Januari 2014

Prida Alofica Collagen: Kolagen Awet Muda

Kulit sihat dan cantik dengan Prida Alofica Collagen

Prida Alofica Collagen adalah makanan tambahan kesihatan yang kaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin yang penting untuk meransang pembaharuan sel-sel badan terutamanya yang menguatkan struktur kulit dan menguatkan kesihatan. Manfaat keseluruhannya adalah membantu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman dan luaran tak kira lelaki atau wanita.

Klik sini untuk info lanjut ----> PRIDA ALOFICA COLLAGEN Memang berkesan!

Ramuan:
  • Hydrolyzed Marine Collagen (kolagen laut dari New Zealand)
  • Ekstrak  Aloe Vera
  • Ekstrak Pueraria Mirifica
  • Ekstrak Mengkudu
  • Ekstrak Halia
  • Ekstrak Ceri Acerola (kaya dengan vitamin C)
  • Ekstrak Temulawak (anti-penuaan yang kuat 300 kali lebih tinggi daripada vitamin E)
  • Ekstrak Tomato
  • Serbuk Oren Switzerland
  • L. Glutathione
  • Astaxantin
Dengan ramuan-ramuan yang hebat Prida Alofica Collagen diadun bersama herba-herba mewah dari Indonesia, India dan herba-herba tropika lain.
Manfaat Mengambil Prida Alofica Collagen:
  1.  Melambatkan proses penuaan 
  2. Istimewa untuk memperbaiki dan mencantikan kulit, rambut, kuku dan mata yang bersinar
  3. Memutihkan serta mencerahkan kulit dari dalam
  4. Meningkatkan daya metabolisme
  5. Penghasilan semula struktur sel badan
  6. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan diabetis
  7. Mengurangkan penyakit mata seperti katarak, kornea,rabun jauh
  8. Mengurangkan serangan dan kesakitan akibat migrain
  9. Melancarkan sistem aliran darah
  10. Menambahkan kesegaran, tenaga dan meningkatkan kadar stamina

Khasiat Prida Alofica Collagen Untuk Wanita:
  • Menaikkan seri pada wajah
  • Penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus
  • Mengetatkan rahim
  • Mengatasi masalah faraj longgar dan berair
  • Mengatasi masalah keputihan dan senggugut
  • Membantu menegangkan dan mencantikkan payudara dan mengangkat punggung
Inilah kolagen awet muda antara yang laris di pasaran. Memang berkesan! 

Dapatkan Prida Alofica Collagen disini...

Isnin, 8 Oktober 2012

Premium Diet Plus Fibre - Produk Pelansing De Herbs

Premium Diet produk pelansing De Herbs


Premium Diet Plus Fibre produk pelansing De Herbs, bukan sahaja mudah dinikmati, malah rasa ia juga enak. Premium Diet berkesan dan selamat pada mereka yang ingin melansingkan badan atau mengecapi berat badan ideal hari ini.

Premium Diet + Fibre De Herbs sesuai diamalkan jika anda ingin:
  • Membuang lemak yang tidak diperlukan badan.
  • Antioksidan dan menyahtoksik dalam sistem pencernaan.
  • Mengurangkan selera makan dan memberikan rasa kenyang sepanjang hari.
  • Membantu mengecilkan lengan, pinggang, punggung dan peha.
  • Membantu mengempiskan perut yang buncit.

Minuman pelansing badan ini sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.

Premium Diet Plus Fibre ini mengandungi:
  • Wheat Fibre bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  • Oat Fibre terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.Ia juga bersifat rendah lemak secara semulajadi dan bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  • Apple Fibre serat yang terkandung untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  • Physillium Husk kaya dengan fiber. Secara traditional, ia digunakan untuk mengatasi sembelit. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.
  • Senna Leaf dapat menghilangkan sembelit. Ia sangat efektif dalam melarutkan lemak dan racun untuk mengembalikan kesegaran tubuh.

Cara pengambilan Premium Diet:
  1. Campurkan 1 sachet kedalam 1/2 cawan air suam dan kacau hingga larut. Tambahkan air suam/sejuk, minum segera dan banyakan minum air kosong.
  2. Ambil 1 kali sehari selepas makan.

Maklumat tambahan:

3. Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.
4. Premium Diet tidak sesuai bagi wanita yang mengandung.
5. Isipadu/Berat Premium Diet Plus Fibre: 15gramx 10sachet

Updated 19 Feb. 2014: Premium Diet Plus Fibre sekarang dikenali sebagai --> Diet Gold

Jus Perawan Plus Colagen Produk De Herbs Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

Jus Perawan Plus Colagen bagus untuk kesihatan dalaman wanita

Updated 19 Feb. 2014, Jus Perawan Plus Colagen sekarang dikenali sebagai Jus Perawan Gold.
Lihat info Jus Perawan Gold di sini.


Jus Perawan Plus Colagen keluaran De Herbs produk herba khusus untuk wanita yang mementingkan kesihatan dalaman tubuh.

Jus Perawan Plus Colagen sememangnya elok untuk semua golongan wanita terutamanya yang mempunyai masalah dalaman.

Pengambilan jus Perawan secara berterusan boleh membantu anda mengatasi masalah seperti berikut:

  • Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
  • Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
  • Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
  • Menegang & mencerahkan kulit.
  • Merapatkan ruang faraj
  • Melambatkan proses monopous.
  • Menambahkan tenaga dalaman wanita.
  • Meningkatkan sistem imunisasi.Mengurangkan senggugut.
  • Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.


Jus Perawan Plus Colagen De Herbs diformulasikan dengan herba seperti:

Kacip fatimah, manjakani, pueraria mirifica, acai berry, kurma, madu, rossele, delima dan kolagen.

Ahad, 7 Oktober 2012

Khasiat Pemanis Herba Stevia Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis

Cari Jus kesihatan yang membantu mengurangkan masalah kencing manis?
Lihat info Jus Kesihatan Gamolex Gold di sini


Herba Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba yang agak baru di Malaysia biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis.

Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Bagaimanapun Stevia kini mula mencuri tumpuan orang ramai apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit kencing manis heboh diperkatakan dan sangat berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.

Herba Stevia merawat kencing manis
Pokok Herba Stevia

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

Herba Stevia adalah pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

Selain itu , Herba Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A.
Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.
Bahan pemanis semulajadi ini memang sesuai untuk pengidap kencing manis.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Memomax - Jus Peransang Minda

Memomax Jus Peransang Minda





Memomax, jus peransang minda produk Seri Mahkota Dewa memberi khasiat terbaik untuk otak, diformulasi dengan makanan terbaik untuk minda.

Kandungan khasiat herba jus Memomax Seri Mahkota Dewa:

Gingko Biloba
Merangsang pertumbuhan sel-sel otak
Membekalkan zat-zat mineral pada otak sekaligus melancarkan pengaliran darah terus ke otak
Memelihara pembuluh darah di otak supaya berjalan lancar
Membekalkan oksigen secukupnya kepada otak supaya tidak mudah lesu dan menjadikan anda lebih fokus.

Kismis
Menguatkan daya ingatan
Mengatasi masalah cepat lupa
Mencerdaskan minda
Membantu meningkatkan memori dan hafalan
Memastikan badan sentiasa segar dan cergas

Blueberi
Memperbaiki sel-sel otak yang rosak
Meningkat daya tumpuan dan ingatan
Merangsang otak untuk bekerja dengan sepenuhnya
Anti oksida yang meningkatkan daya tahan tubuh pada penyakit

Buah Goji
Merupakan tonik otak
Mengandungi kholin yang bertindak menambahkan daya ingatan dan memori pada otak
Membantu meningkatkan daya fungsi otak ke tahap terbaik.

Madu
Melancarkan fungsi otak dengan sepenuhnya
Dapat memulihkan tenaga
Menajamkan minda agar sentiasa fokus
Meningkatkan IQ


Sekiranya anda amalkan pengambilan jus peransang minda Memomax, dalam masa yang singkat, anda akan merasai perubahan diri anda kerana ia merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan membekalkan nutrient dan zat-zat mineral terbaik untuk otak bagi meningkatkan sistem memori dan daya ingatan agar otak anda lebih mudah fokus dan tidak lesu sepanjang hari.

Jus Memomax Seri Mahkota Dewa turut diformulasi bagi mengatasi masalah cepat lupa, dan memperbaiki sel-sel otak yang rosak dan merangsang otak untuk bekerja dengan sepenuhnya dengan tindak balas terbaik bagi menghadapi hari yang mencabar setiap hari.

Teh Seri Mahkota Dewa - Teh Herba 7in1 Mengatasi Keletihan Badan

Teh Herba (7 in 1) Seri Mahkota Dewa

Teh Seri Mahkota Dewa pasti ada kelainannya dengan formulasi herba-herba yang digunakan untuk menjaga kesihatan tubuh badan, pasti sesuai dengan diri anda yang ingin mengatasi keletihan badan.

Teh Seri Mahkota Dewa (7 in 1) mengandungi herba-herba berikut:

*** Mahkota Dewa - Mengandungi flavonoid yang mengandungi agen anti kanser. Melancarkan perjalanan darah. Melegakan sakit kepala.

*** Dukung Anak - Membantu penghadaman. Melegakan masalah cirit birit. Melawaskan pembuangan air kecil.

*** Misai Kucing - Melancarkan perjalanan darah. Melawaskan pembuangan air kecil. Membuang toksin dalam badan.

*** Mas Cotek - Mengekalkan awet muda. Memperbetulkan urat-urat saraf yang rosak. Merangsang pertumbuhan hormone lelaki. Mengatasi masalah mengantuk dan keletihan.

*** Stevia - Membantu mengawal kadar gula dalam darah. Pemanis semulajadi. Membantu meningkatkan kadar tenaga dalam badan. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan.


Amalkan pengambilan teh herba Seri Mahkota Dewa, badan anda akan terasa lebih ringan dan bertenaga serta perjalanan darah anda akan lebih lancar dan sistem penghadaman anda akan lebih baik. Dalam masa yang sama, ia membantu melancarkan proses pembuangan air besar dan kecil dan menyahtoksin dalam badan yang menyebabkan kelesuan badan yang berpanjangan.

Atasi masalah keletihan dengan Seri Mahkota Dewa Tea ( 7 in 1), hari anda akan terasa lebih lancar kerana anda tidak lagi mudah letih serta tidak mengantuk.

Kopi Seri Mahkota Dewa 8 in 1 - Kopi Penambah Tenaga

Kopi Penambah Tenaga Seri Mahkota Dewa

Kopi penambah tenaga, Kopi Seri Mahkota Dewa (8 in 1) pasti ada kelainannya berbanding kopi pracampuran yang lain.
Dengan khasiat dan formulasi yang menggabungkan herba-herba penambah daya tenaga terpilih anda akan kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari.

Kandungan herba Kopi Penambah Tenaga Seri Mahkota Dewa:

Tongkat Ali
Memberikan tenaga agar kekal cergas sepanjang hari
Membantu peredaran darah
Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.


Zafaran
Membantu melancarkan pengaliran darah
Menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang baru
Melegakan sakit kepala
Melegakan keletihan


Ginseng
Merangsang tenaga dalam badan
Melegakan bahagian otot-otot pada badan
Melegakan keletihan
Meningkatkan antibodi agar tidak mudah diserang penyakit


Butea Superba
Meningkatkan tenaga kelakian
Melancarkan perjalanan darah
Memperbetulkan aliran darah agar sampai ke pembuluh darah
Membantu badan melawan penyakit


Stevia
Membantu mengawal paras gula dalam darah
Mengawal berat badan berlebihan
Mengawal selera makan

Kopi herba Seri Mahkota Dewa turut diformulasi untuk mengatasi masalah sakit kepala serta meningkatkan daya tubuh badan anda terhadap penyakit. Dengan penggunaan yang berpanjangan, ia turut melegakan keletihan dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru agar anda kelihatan muda dan bertenaga sepanjang masa. Ia turut memperbetulkan aliran darah dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

Kopi penambah tenaga Seri Mahkota Dewa memang hebat!